Pages

Wednesday, June 27

Munah & Bedah : Joyah tak Goyah.

Assalamualaikum :)


Hari ini, Munah nak cerita pasal seorang sahabat yang baik, bernama Joyah. Joyah ialah seorang pelajar di kolej Cemara. Joyah berumur 19 tahun. Pada satu minggu, Joyah akan menghadapi jadual yang sangat pack dan busy. Penuh dengan exam, latihan, dan lain lain.





Minggu tu, Joyah rasa sangat seghabut. Hari hari Joyah merungut. Penat la, fed up la, itu ini. Sumua tak kena. Joyah juga ada kata kat Munah nak benti belajar, nak keje ngan mamat bangla kat Mydin je. Hihi Joyah Joyah. 

“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)







Dan pada suatu hari.. Joyah yang stress pun ajak Munah pergi berehlah di taman. Kononnya nak release tension. Main-main dengan si muntel. Tapi..
 


Tiba-tiba tali kad matrik (beserta kunci rumah) Joyah tersangkut kat leher si muntel..















Makanya berlarilah si muntel bersama kad serta kunci rumah yang tersangkut pada lehernya. Si muntel lesap sekelip mata tanpa jejak.



















Ish ish ish. Kesian Joyah. Makin bertambah masalah Joyah. 



Tapi, disebabkan si muntel itu lah, baru Joyah teringat akan satu ayat Quran..



"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." (2:286)



Joyah rasa sangat kesal kerana merungut akan ujian yang ditimpakan ke atas Joyah. Sesungguh nya ujian itu kan tanda kasih sayang Allah kepada hambanya supaya kita mengingati Nya. Precious tu. Jadi kenapa mesti merungut? kan?



Joyah pun sedar akan kelalaiannya. Jadi dia pun berhenti merungut. Even bila Joyah nampak si muntel itu pun, Joyah rasa sangat gembira. Sebab si muntel tu yang menjadi penyampai ujian kasih sayang Allah kepada Joyah.


Hari Selasa..  
Hari  Rabu..   



Hari  Khamis.. 
















Jadi Joyah pun usaha, usaha dan usaha lagi. Terus sabar walaupun payah. Sentiasa ada Allah dalam hatinya. Dan pada hari Jumaat. Exam terakhir pun berlalu.. Tamat sudah minggu yang sibuk. Minggu yang penuh dugaan. Yelah, susah hidup takda kunci rumah. Tapi Joyah mantain cool. Reda dengan ujian, bukan pasrah. Pasrah itu tidak rela :)





















Dan.. Sejurus selepas paper Chemistry tamat. Telefon Joyah berdering. Rupanya..























“..Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..”(2:185)


Sweet tak plan Allah? Cantik je kan. Semua nya ada hikmah disebaliknya. Oleh itu, berbaik sangkalah dengan Allah apabila Allah lambat memberikan apa yang kita harapkan. Jangan pernah mengeluh. Kerana orang yang kuat mengeluh, di akhirat kelak wajahnya akan menjadi hitam sehitam-hitamnya. Takut kan? Perbaiki dan mantapkanlah hubungan dengan Allah. Kelak, Allah yang akan menilai tahap kesediaan kita dan apabila telah tiba masanya, pasti Allah akan makbulkan permintaan kita. Insyaallah. Kita hanya perlu yakin.

Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN :)
Baiklah, ini kisah Joyah. 
Apa pula kisah ujian anda? 


Wednesday, June 6

Munah & Bedah : COUPLE ?

Satu hari, Awang yang kacak lagi bergaya datang mendekati Bedah yang manis lagi anggun. Lalu berkata.. 

"Bedaaaaahhh......"

Lalu Awang menyambung dengan yakin dan berkarisma, untuk meyakinkan buah hatinya untuk menerima lamaran kapelnya, tentang kelebihan-kelebihan kapel bagi diri Bedah.

Lalu Awang menyambung lagi hujahannya,

Lalu Bedah pun berfikir sejenak. Ala, Bedah bukannya tidak pernah kapel. Pernah masa zaman sekolah, zaman berdating di bawah tangga yang wajib ditemani kawan lelaki dan kawan perempuan untuk jadi bodyguard alarm sekiranya cikgu datang. Jadi, Bedah tahu sebenarnya apa yang Awang hujahkan itu sememangnya benar dan Bedah pernah rasakan semua itu. Namun,

Bedah ada hujahnya yang tersendiri juga, untuk dia tidak terjebak lagi dalam isu kapel ini.




Dan ini adalah hujah Bedah akan rumitnya berkapel dalam kondisi kita tidak matang dan stabil. Ala, cinta monyet lah katakan. Namun tidak dinafikan, hujah Bedah itu tidaklah sekuat mana dan tidak berlaku pada semua orang, namun untuk kembali kepada jahiliyah yang dulu..Bedah rasa cukuplah..Kerana Bedah percaya..

Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik. (QS An Nur:26)
Bukan kerana Bedah mengaku dirinya baik jadi dia hanya mahukan lelaki yang baik dan alim ala-ala ostad. Bukan sekali. Namun kerana merasakan dirinya tidak baik lah dia berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik yang bisa mampu membawa Bedah ke syurga Allah kelak.

Ada orang berhujah, kalau tidak kapel bagaimana mahu tau hati budi sang pasangan, kita nikah bukan hanya untuk sehari dua. Ya benar, tapi Islam menganjurkan cara untuk mengenal melalui proses taaruf yang berlaku antara pasangan dan ditemani mahram masing-masing. Tak cukup berkenalan dengan hanya dua tiga pertemuan? Terus apa yang menjamin percintaan kalian yang berpuluh tahun lamanya itu membuat kalian benar-benar mengenal pasangan kalian?

Bedah pernah bercinta da berkapel. Bedah tau bagaimana kelakuan apa yang kita lakonkan di depan pasangan belum halal itu rupanya apa. Bagaimana kita pijak semut takkan pernah mati, bagaimana kentut tidak pernah berbau busuk, bagaimana rajinnya sang pasangan menjadi alarm sejati untuk kejut subuh padahal selepas misscall langsung meneruskan tidurnya, bagaimana kita berusaha untuk belajar masak yang terenak untuk dia rasa air tangan kita sedang bila ibu minta masak nasi sudah berkira, bagaimana berjam-jam dengan tone suara yang dimanjakan kita berbual dengannya sedang mak ayah ada di tepi. Ya Bedah pernah rasakan semua itu. Dan itu semua pengenalan dan lakonan yang pura-pura. Sebaik-baik percintaan adalah selepas nikah. Dan tidaklah anda mengenal seseorang dengan sepenuhnya melainkan anda tinggal, makan dan tidur bersama mereka.

Adaorang berhujah, sampai bila nak menunggu jodoh sampai, kalau tidak mencari dan tidak berkapel. Hm. Bila kah jodoh itu akan datang semua nya kerja yang maha Esa, Kita manusia cuma jangan berhenti berdoa dan percaya pada kuasa Allah. Banyak usaha lain kita boleh usulkan, cuma usaha terbaik adalah dengan membaiki diri terlebih dahulu, solat, ibadah, quran, puasa, hubungan dengan mak ayah, adik abang, itulah yang sebenarnya menjadi fokus utama usaha mencari jodoh.


Bagaimana Allah mampu ciptakan pelbagai perkara berlainan rupa,sifat dan personaliti, begitu juga kebahagiaan. Jangan terlalu berfikir sesuatu di luar jangkaan,tapi jangan pernah putus asa pada Allah yang maha memberi kebahagiaan.





Terinspirasi dengan kata-kata Bedah, maka Awang lantas beraksi seperti lelaki sejati dengan langsung melamar kepada wali Bedah. And they live happily ever after. The end. (hehe)

















Jangan biarkan hati itu mati. 



Belajarlah menyimpan. 



Simpan untuk yang halal.