Pages

Sunday, June 16

Kita berbeda.

Mujahadah.
Mujahadah itu bukanlah senang.
Mujahadah itu adalah perang terhebat dengan musuh yang sangat hebat.
Yakni nafsu yang berada dalam diri ini.
Dan juga tabiat yang telah berpuluh tahun tinggal bersama diri ini.

World War inside of every person will never be easy.
Trust me. It is a battle between you. And you.
Between two of our different sides.

Dan ingatlah,
Kita adalah orang yang berbeza.
Engkau adalah engkau.
Aku adalah aku.
Ukuran kita tidak sama.
Tidak akan pernah sama.

Jadi,
Mujahadah bagi setiap orang adalah lain lain.

Mungkin ada orang itu,
Bermujahadah untuk tidak merokok lagi,
sedangkan tidak merokok bagi orang yang lain adalah sangat mudah.
Mungkin mereka tidak pernah merokok barangkali.

Atau,
Mungkin seseorang itu bermujahadah untuk mula memakai tudung.
Kerana sebelumnya daripada kecil dia memang tidak pernah bertudung.
Sedangkan bagi orang lain,
untuk memakai tudung adalah sangat mudah. Malah sesuatu yg sudah jadi kebiasaan.

Kerana apa?
Kerana ukuran kita tak sama.
Semua manusia adalah lain lain.

Dan kita tak perlu lah memikirkan apa yang akan manusia fikir tentang kita.
Mereka yang memperlekehkan mujahadah kita.
Atau mereka yang selalu merasa lebih baik dari kita.

Kerana,
Pandangan Allah itu jauh lebih baik dan bermakna dari pandangan manusia.
Allah itu Maha Penyayang.
Dia yang berkuasa mengatur semua yang ada di muka bumi ini.
Dia lah yang boleh mampu mengampunkan dosa dosa kita.
Bukan mereka.

Dan ingatlah,
Allah itu sangat dekat.
Malah lebih dekat dari urat di leher kita.
Allah tidak pernah memandang hasil,
Tapi yang Allah pandang adalah usaha.
Melalui usaha itulah kita mendapat ganjaran pahala.
Bukan melalui hasil.

Juga kepada kita, kita dan kita.
Janganlah pernah kita merasa sudah cukup baik.
Lantas cepat menilai seseorang itu.
Tanpa memikirkan kenapa dia begitu dan begini.
Tanpa kita pernah bertanya apa masalahnya.
Tanpa kita pernah hulurkan tangan untuk ringankan bebannya.

Kerana di saat kita merasa kita sudah cukup baik daripada si dia.
Di saat itulah adanya masalah dengan iman kita.

Dan ingatlah.
Melawan sesuatu yang kita tidak biasa itu, lebih sukar daripada melakukan sesuatu yang telah menjadi kebiasaan.

Siapa tahu,
Di sisi Allah swt,
Di satu saat,
Sebenarnya orang yang sedang melawan nafsunya itu lebih baik dari orang yang sudah berjaya menawan nafsunya.

Allahualam.
Kita takkan pernah tahu.

Kerana kita tidak pernah akan tahu itulah.
Kita tidak boleh merasa selesa.

Marilah sama sama kita teruskan mujahadah masing masing.
Teruskan peperangan ini.
Jangan pernah mengalah.
Dan sentiasa meletak sepenuh pergantungan kepadaNya.

Kerana dirimu begitu berharga.