Pages

Saturday, February 1

Apa Khabar Quran mu?

Di Jakarta,
Selain teksi dan bus,
Ada banyak lagi pengangkutan awam,
Contohnya,
Angkut.
Angkut ini sebuah van kecil warna merah.
Persis teksi juga.
























Ini gambar belakang nya pak supir angkut,
Dalam kesibukan kota,
Dalam saat menunggunya penumpang angkut nya penuh,
Sempat lagi dibukanya kitab ini,
Surat cinta dari Allah.

Hm,

Apa khabar Quran mu hari ini?

Usrah dan Masa

"Awak siap-siap nak pergi mana ni?"

"Pergi usrah, awak. Nak ikut?"


"Awak ni, minggu lepas kan ada usrah dah. Minggu ni ada lagi? Kita kan ada exam ni. Utamakan lah mana yang patut."


"Awak, usrah itu untuk saya mencari keredaan Allah. Itu yang paling utama."


"Belajar pun salah satu cara jugak nak cari keredaan Allah. Cuba awak bayang sejam awak pergi usrah, sejam saya belajar kat rumah. Sejam tu bermakna kot. Banyak kot kita boleh baca dalam masa sejam je."

***********************************************************************************************
Cliche. Mindset yang sangat biasa bagi kebanyakan orang.

Kita sering leka dan lupa.
Kita merasa masa itu adalah kepunyaan kita.
Kita merasa kitalah yang mengawal masa.
Kita lupa pada yang mencipta masa itu.
Alangkah sombong nya kita.

Ingati kisah tiga orang pemuda al-Kahfi.
Yang ditidurkan di dalam gua, dan mereka menyangka mereka berada di dalam nya selama sehari atau setengah hari, walhal Allah telah menidurkan mereka di dalam gua itu selama 309 tahun lamanya.

Siapakah yang mampu untuk mengawal masa selain daripada Allah SWT?
Dia lah yang mampu menjadikan seminit dirasakan seperti sejam, atau sejam dirasakan seperti seminit.
Sombong nya kita untuk merasa masa itu adalah milik kita!

At-Tagabun: 17
"Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya Dia melipatgandakan balasan untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Penyantun."


Direct dinyatakan dalam ayat di atas.
Jika kita memberi pinjaman yang baik pada Allah, nescaya Allah akan membalas dengan balasan yang berganda ganda. Ditambah pula dengan keampunan keatas kita.

Sudahlah Allah telah memberi masa itu kepada kita.
Dan bila Allah meminta sedikit masa itu untuk mengingatinya, ditambah dengan balasan yang baik,
kita jadi kedekut untuk memberi.
Kita kuatir akan ketidakcukupan.
Kedekut untuk memberi sesuatu yang telah diberi kepada kita. Bersyukur kah kita?

***************************************************************************************************
Boleh jadi,

A pergi ke masjid untuk mendengar ceramah UAI. B belajar di bilik. Seminit kemudian, B merasa mengantuk yang amat. B tertidur. Sejam kemudian, A pulang, A mengejut B. A dan B belajar bersama. Sejam kemudian, A telah habis baca 3 chapter Biology AS. Sedangkan B masih dalam chapter yang sama. -The end-

Ini adalah sekadar contoh dan rekaan. Mungkin telah berlaku bagi kebanyakan daripada kita.

Ingatlah masa itu adalah kepunyaan Allah. Masa itu adalah makhluk Allah, yang akan menjadi saksi perbuatan kita di padang masyar kelak. Masa yang berlalu hari ini tak kan berulang. Esok masa(makhluk) yang baru pula akan datang untuk menjadi saksi kita.

Berkat itu pula ialah pabila kita merasa cukup walaupun sedikit.
Satu senduk nasi dah boleh buat kita kenyang.
Satu pen cukup untuk jawab sebulan.exam.
Biasa kita akan cakap,
"Aku makan sikit je tadi. Tapi kenyang seharian. Uish berkat betul!"
"Pen ni berkat betul, berminggu minggu guna tak habis lagi dakwat dia."

Keberkatan masa juga adalah milik Allah. Dia lah yang berkuasa menjadikan masa itu cukup atau sebaliknya.

Sama sama muhasabah.
Terutama diri ini.
Buanglah mindset, masa itu kita yang control.
Janganlah kedekut dengan apa yang bukan milik kekal kita.
Janganlah sombong kepada Dia.

At Talaq: 3
"dan Dia memberi rezeki dari arah yang tak disangka sangka. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan menCUKUPkan keperluannya..."






Wanita, mahalkan dirimu

Cantiknya seorang wanita itu,
Bukanlah hanya diukur dari paras rupa,
Tapi yang paling penting adalah, 
Kebersihan hati nuraninya,
Keluhuran tutur katanya,
Tidak menghina dan mencarut,
Keikhlasan dalam membantu orang kesusahan,
Tidak kikir harta dan masa dalam memberi, kerana sedar semuanya milik Allah, bukan miliknya.

Cantiknya wanita itu,
Bukan dilihat dari tubuh badannya yang indah,
Perhiasan dan pakaian yang keren,
Kasut dan kerudungnya yang mengikut arus semasa,
Tapi dari sejauh mana dia bisa menutup auratnya dengan sempurna,
Kaki, lengan dan dada,
Kerana dia sedar tubuhnya itu amanat dari tuhannya,
Yang wajib dilindungi dari pandangan yang haram,
Demi memuliakan darjat seorang wanita.

Cantiknya wanita itu juga,
Bukan dilihat dari betapa mahirnya dia berbicara,Membawa diri dalam khalayak ramai,
Tetapi dilihat dari sejauh mana dia bisa menjaga kehormatan dirinya semasa bergaul,
Bagaimana dia menundukkan pandangannya dari yang haram,
Dan bisa menundukkan pandangan yang haram kepadanya,
Kerana wanita sejati itu ibarat matahari,
Yang sentiasa menundukkan segala pandangan yang menuju padanya,
Dek silauannya yang sinar.

**********************************************************************************************




















"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, 
dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan auratnya, kecuali yang biasa terlihat.
Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya.."
Surah An-Nur: 31


"Munah, nanti pergi rombongan batch tu, jaga bebaik Iphong 5x tu, latest edition tu. Mahal pulak tu. Kalau boleh letak balut dalam plastik hitam, ikat ngan getah 15 kali ikatan. Pastu letak dalam dompet kecik. Pastu kunci dengan mangga kecik. Letak pulak dalam beg baju pastu kunci lagi dengan mangga besar 3 biji. Guna masa nak tangkap gambar je. Kalau nak text abi guna fobia 3310 je. Ha yang tu letak dalam poket je. Nak ikat guna tali, pastu seret atas jalan je pun takpe."

"Amboi abi. Bias nya. Sian fobia 3310 gue. Hehe."

"Kalau tak SAYANG pada iphong 5x tu, takde lah abi suruh awak tutup and jaga macam tu. Hehe."

*******************************************************************************************

Wahai bidadari,
Janganlah merasa berat dalam menjaga auratmu,
Juga dalam menjaga pergaulanmu,
Pandangan, sentuhan dan percakapan,
Kerana semua perintah itu,
Datangnya dari Allah,
Tanda kasih sayangNya padamu wanita,
Dengan hikmah yang besar,
Kerana dirimu begitu berharga.

Allahualam. Semoga Allah terima amalmu dan amalku.