Pages

Saturday, February 1

Wanita, mahalkan dirimu

Cantiknya seorang wanita itu,
Bukanlah hanya diukur dari paras rupa,
Tapi yang paling penting adalah, 
Kebersihan hati nuraninya,
Keluhuran tutur katanya,
Tidak menghina dan mencarut,
Keikhlasan dalam membantu orang kesusahan,
Tidak kikir harta dan masa dalam memberi, kerana sedar semuanya milik Allah, bukan miliknya.

Cantiknya wanita itu,
Bukan dilihat dari tubuh badannya yang indah,
Perhiasan dan pakaian yang keren,
Kasut dan kerudungnya yang mengikut arus semasa,
Tapi dari sejauh mana dia bisa menutup auratnya dengan sempurna,
Kaki, lengan dan dada,
Kerana dia sedar tubuhnya itu amanat dari tuhannya,
Yang wajib dilindungi dari pandangan yang haram,
Demi memuliakan darjat seorang wanita.

Cantiknya wanita itu juga,
Bukan dilihat dari betapa mahirnya dia berbicara,Membawa diri dalam khalayak ramai,
Tetapi dilihat dari sejauh mana dia bisa menjaga kehormatan dirinya semasa bergaul,
Bagaimana dia menundukkan pandangannya dari yang haram,
Dan bisa menundukkan pandangan yang haram kepadanya,
Kerana wanita sejati itu ibarat matahari,
Yang sentiasa menundukkan segala pandangan yang menuju padanya,
Dek silauannya yang sinar.

**********************************************************************************************




















"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, 
dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan auratnya, kecuali yang biasa terlihat.
Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya.."
Surah An-Nur: 31


"Munah, nanti pergi rombongan batch tu, jaga bebaik Iphong 5x tu, latest edition tu. Mahal pulak tu. Kalau boleh letak balut dalam plastik hitam, ikat ngan getah 15 kali ikatan. Pastu letak dalam dompet kecik. Pastu kunci dengan mangga kecik. Letak pulak dalam beg baju pastu kunci lagi dengan mangga besar 3 biji. Guna masa nak tangkap gambar je. Kalau nak text abi guna fobia 3310 je. Ha yang tu letak dalam poket je. Nak ikat guna tali, pastu seret atas jalan je pun takpe."

"Amboi abi. Bias nya. Sian fobia 3310 gue. Hehe."

"Kalau tak SAYANG pada iphong 5x tu, takde lah abi suruh awak tutup and jaga macam tu. Hehe."

*******************************************************************************************

Wahai bidadari,
Janganlah merasa berat dalam menjaga auratmu,
Juga dalam menjaga pergaulanmu,
Pandangan, sentuhan dan percakapan,
Kerana semua perintah itu,
Datangnya dari Allah,
Tanda kasih sayangNya padamu wanita,
Dengan hikmah yang besar,
Kerana dirimu begitu berharga.

Allahualam. Semoga Allah terima amalmu dan amalku.