Pages

Thursday, August 27

One of the best thing


Bismillahirahmanirrahim.

Alhamdulillah hari ini, after more than 2 weeks edit video jaulah setahun yang lalu, akhirnya siap jugak. Reminiscing memories we had back then, I am ready to say that this jaulah is one of the best thing happened in my life and one of the sweetest thing planned by Allah for me.

Masa hari pertama touchdown di Brisbane, kami dijemput kawan-kawan yang belajar di sana, depa sewa kereta dari students Malaysia juga. Kebetulan hari tu hujan, dan jalan dari airport ke rumah depa agak berlekok-lekok, maka terjadilah satu kejadian dengan izin Allah; eksiden. Tapi alhamdulillah tak berlangggar dengan mana-mana kereta lain, cuma divider sebelah kiri yang jadi mangsa. Sedetik sebelum stereng hilang kawalan, masa tu lah tetiba terdetik untuk pakai seat belt (I was at the back of the driver) and within a second tetiba kepala terhantuk kuat ke cermin sebelah kanan. Kereta berpusing 360° yang akhirnya melintang di tengah jalan selepas langgar divider sebelah kiri. Huhu. Masa kejadian tu, rasa macam blank sangat. Ingat lagi suasana dia, hujan renyai-renyai, beberapa lelaki australian turun dan tolakkan kereta ke tepi, wajah mereka satu-satu yang semua blank juga. Hm melekat dalam kepala. 

Alhamdulillah travelmates semua positif, takda yang freak out, takda yang menyalahkan kereta ke etc, cuma for me myself, kejadian eksiden ni adalah satu setting compass niat direct dari Allah. Awal-awal sampai, Allah dah hadirkan sesuatu kejadian, untuk ingatkan pada Dia dan seperti tersirat satu pesan, 'sepanjang jaulah ni, jangan lupakan Aku.' Memang, semasa menunggu kami dijemput oleh kereta lain, ada satu momen sunyi antara kami yang aku yakin semua mereka pun bermuhasabah dan bersyukur masih dipanjangkan nyawa oleh Allah. Aw, bila fikirkan balik, manisnya tarbiyah dari Dia, Allah jentik sikit je, untuk kita kembali ingat pada Dia.

Nasib baik ada divider, kalau tak kami masuk tasik.
Masa still di Brisbane, berlaku lah satu momen kelakar masa on the way ke Gold Coast, kami naik train guna kad student yang kami pinjam dari kawan-kawan yang belajar sana. Sepatotnya tourist macam kami pakai kad tourist lah, tapi sebab nak jimat, well. Huhu. Tetiba kami didatangi dua orang polis, soal siasat nak tengok kad student, nak tengok passport etc. Memang depa syak kami bukan student hehe. Yang tak tahan nya buat-buat tak faham english bagi polis tu fed up hehe. Polis tu pun baik je, husnudzon lagi ngan kami, ingatkan kami tersalah beli kad student or penjual kad misinterpret ingat kami student so bagi salah kad. 

Menunggu train
Sekitar kawasan perumahan Queensland
Uni of Queensland
View sepanjang perjalanan ke Uni
Cantik banget, subhanallah


Dekat Sydney pula, kami stay kat rumah Cha, Mun, Lina dan Adi. Mun tu kawan sekolah Man, yang lain semua kami semua pun tak pernah jumpa. Berdebar juga nak stay kat rumah orang yang kita tak pernah jumpa and kenal. Tapi MashaAllah sistur, huhu terharu sangat ngan depa ni. Walaupun tak pernah kenal, tak pernah jumpa tapi the way they welcome and treat kami tu sangatlah menjadi tuan rumah yang baik. Sama juga macam kat Brisbane, warga Muntalaq dan di Melbourne, warga Mawaddah. Mesti Rasulullah bangga kalau tengok macam mana depa melayan tetamu. Masakkan, basuh baju, malam-malam even depa pun dah penat baru habis kelas tapi spend juga masa untuk borak-borak tanya pasal jaulah, bawak belanja makan dll. huhu. Jazakumullahu khairan kathira *nanges* Tapi kat Sydney lah paling lama sekali kami stay berbanding Brisbane dan Melbourne, jadi masa nak tinggalkan rumah depa ni pun rasa sebak sangat. Hati dah tertinggal di situ. Huhu. *nanges lagi*

Teringat juga masa kami nak pergi Blue Mountain, Sydney. Pagi tu hujan juga, hujan renyai-renyai, sebab kami pi masa peralihan musim jadi selalu hujan. Pergi naik train, dalam train Man baru teringat tak bawak jaket hehe hadoi Man. Sampai-sampai sana, tak nampak apa-apa sebab kabus tebal. Kami dah hampir nak pulang sebab takut sampai sudah hujan tapi akhirnya perut kami yang sepakat untuk lapar serentak jadi kami pi makan dulu. Makan semua bekal sendiri, setiap malam sebelum almulk dan tidur akan masak. Esoknya panaskan dan berpertualang. Macam tu lah rutinnya. Dan akhirnya selesai makan-makan, hujan dan berhenti, matahari pun dah naik makanya kabus pun menghilang. Alhamdulillah. Bila tengok pulak view, subhanallah... Masa ni lah rasa bersyukur sangat sebab tak jadi balik. Kekadang ada benda dalam hidup kita yang worth the wait. Yang worth the effort. Tak semua benda kita kena let go dan move on. Ada yang worth insyaallah, cuma kita kena discover dulu, berbaloi atau tidak. Ahh, sukanya Blue Mountain. Alhamdulillah.

Three Sisters
Hyper sangat ini Najwa
Nadiah the fourth adopted sister

Best juga masa pergi Coogee beach, kawan-kawan Sydney kata tak jauh pun kalau jalan dari pantai Coogee ke Bonday beach melalui semua cliff tu, cuma jadi lama sebab nak foto-foto. Kalau ikut pengalaman depa semua, paling lama so far adalah 6 jam. He he, turn kami pulak, dari awal pagi keluar sampai lah ke malam mendekati magrib tu, tak sampai pun ke Bonday beach,3/4 je perjalanan kami. Hehe. Sebab most of the time semua jalan sorang-sorang (tapi still nampak each other) bila masing-masing ada gajet, semua pulak obses dengan nature maka jadilah lama disitu. No regret, sangat manis bila ingat pengalaman di sini. Kat sini lah terjumpa kak Aifa, tua setahun dari kami yang datang ke Sydney sebab teman ayah dia kerja. Sempat lah borak-borak, offer-offer makanan, foto-foto ngan kak Aifa. Sweet orangnya. Sayang kita berpisah sebab macam nak hujan. Jadi bila hujan pun dah turun renyai-renyai, kami pun mencari tempat berteduh, untuk solat dan makan sekali. Sampai lah terjumpa satu bangunan kosong (macam cite hantu hehe) sort of macam gym, dan kami pun menceroboh masuk. Masa dua orang tengah solat, dua orang tengah makan, tetiba owner bangunan tu masuk (terkejut homai) tapi tu lah nak cakap baiknya orang kat sana, dia senyum je dan keluar balik. Ingatkan dah nak suruh kami yang keluar. Baiknyaaa may Allah bless you. Huhu.



Ni lah Coogee beach

Dan yang paling susah yet the most memorable one sepanjang 14 hari kat sana adalah masa roadtrip kat Melbourne. Masa tu kami sewa kereta untuk perjalanan ke Great Ocean Road dan Philips Island selama 2 hari 1 malam. Cullen jadi driver, dan itu dirahsiakan dari puan mama cullen, even sampai sekarang pun. Hehe. Daebak Cullen, bawak kereta for more than 8 hours untuk sampai ke 12 Apostles dan sekitarnya. Tapi walaupun perjalanan jauh, sepanjang jalan tu view dia cantik sangat sampai tak rasa pun lama. Sepatotnya jalan ke GOR ni melewati cliff dan mostly kita akan nampak view pantai(biru) je. Tapi takdir Allah, masa tengah jalan tu, ada road block sebab baiki jalan so kami kena ikut jalan dalam (masuk hutan) dan subhanaallah Allah memang nak bagi yang terbaik juga kot sebab view sepanjang jalan ni semuanya ladang-ladang dan penempatan rumah-rumah. Semuanya bukit yang hijau-hijau, ada lembu, biri-biri, tasik dll. Cantiknya indahnya subhanallah. Allah's plan is the best. 

Cantik kan?

Kat dunia begini bagaimanalah di sorga nanti



Bila malam menjelma pulak, masa untuk cari tempat tidur. Tapi mungkin sebab kami lewat, jadi homestay murah mostly dah ditempati dan tinggal yang mahal je. Masa tu memang hampir sepakat decide nak tidur dalam kereta je. Tapi memikirkan sejuk yang amat dan urgensi untuk tukar pakaian dalaman jadi gah kan juga untuk tak putus asa. Lepas cari more than 3 homestay akhirnya jumpa lah rumah Uncle Mark yang sangat lah baik hati. Sebenarnya tu memang rumah dia, tapi 2 bilik kat depan tu dia kasi untuk sewa. Dapur toilet ruang tamu semua lengkap, macam rumah. Uncle ni siap offer makanan yang dia masak, fresh dari oven lagi. Baiknyaa hatimu Pak Mark may Allah bless you. *nanges*
Living room rumah Uncle Mark

Jadi, begitulah serba sedikit apa yang saya ingat tentang jaulah ni. Banyak lagi sebenarnya tapi cukup lah cerita yang ni je, hehe. Alhamdulillah...



Solat celah bangunan itu perkara biasa


Sesat? Gue hanya mampu menangis. Hehe


Orang Brisbane belanja. Jzkk Shima dan Nadia


Orang Melbourne belanja. Jzkk ahlul Mawaddah


Brighton beach, Melbourne


Kegigihan seorang Najwa


A second before Cullen kena rompak dengan kangaroo


Cobaan welfie 1, 2, 3 *rejected*


Singgah sebab cantik sangat *nanges*


Our Buroq


Twelve Apostles, GOR


Ini namanya Manisah the Masulah


Kelahapan seorang Nadiah


Kegigihan seorang Nadiah


So beautiful subhanallah :')


Ajet-ajet misteri je dia ni


State Library of Victoria Melbourne


Pisang dan Laili berpisah tiada


Uni of Queensland


Man diculik doktor blonde

Sydney city from above

Depan rumah Mun Cha Lina *rinduu*

Solat atas rumput

Manisah dan temannya

Seronok travel ngan orang yang sama minat fotografi ni, mutual interest. Tak boring
Tangkap gambar view puas-puas. Pastu kau tangkap gambar aku, aku tangkap gambar kau. Hehe.

Sydney Harbour Bridge malam-malam
"Waktu mama kamu hamilkan kamu dia sering mengidam benda manis ya? Kok kamu manis sekali"

Paddy's Market, Sydney

Opera House, Sydney

Seriously this burung is scarier than i tot huhu

Kepada :
Masulah Manisah (berpersonaliti ESTJ, suka masak, suka offer diri untuk masak, masa jaulah man suka tinggal barang kekeke camera lah jaket lah hehe, bertanggungjawab mcm ibu, pemantau mutabaah amal, quite serious so tak obses ngan kamera dan lawak yang tak lawak kami buat jadi tak banyak wajah Man dalam video pokoknya Man macam akak sulong hehe)

Fatherly Cullen (berpersonaliti INTJ yang cepat annoyed ngan orang ENFP hehe, orang paling reliable dan responsible, sesat pun gue boleh goyang kaki sebab ada Cullen hehe, offer diri nak drive, offer diri nak bawak kalau barang berat, pokoknya PD lah suka sangat offer diri he he)

Nadiah The Gadget Woman (berpersonaliti ENFP macam gue, orang yang tak pernah ada mood swing, sangat suka mix and match dan shopping sebab tu dari Brisbane ke Melbourne beg luggage terlebih muatan sokmo hehe, penceria suasana, self endure tinggi bila orang tak layan lawak tak jadi dia hehe, sukakan kamera thats why penuh wajahnya dalam video hehe)

Kepada kalian bertiga, jazakumullahu khair atas kenangannya sepanjang 14 hari kita berkelana. They said, things to do to get closer to someone is sleep and eat together with them, well sepanjang jaulah ni tak larat dah makan dan tidur ngan hangpa hehe tapi alhamdulillah atas peluang Allah bagi, banyak sangat cek belajar dan sedut positiviti dari hangpa. Eh tak sangka pulak sekarang kita dah jadi osmet pun kat Jakarta hehe. Alhamdulillah.

Ha tu je. Rajin rajin tengoklah Video Jaulah OZ  
Semoga Allah memberi kesempatan lagi kepada kita semua untuk berpertualang dan mentaddabur dunia melalui kaca mata Islam dlm usaha menjadi abid yang lebih baik :)


Assalamualaikum :)