Pages

Thursday, July 26

Munah & Bedah : Sahabat

Berbicara tentang sahabat, sering kali kita sangat menginginkan adanya sahabat yang baik di sisi, namun sering juga kita terlupa, adakah kita sudah cukup menjadi sahabat yang baik kepada orang lain?

Menjaga hati sahabat

Kita suka tak kalau kawan kita cakap kasar je ngan kita? Pasti tidak.

Jadi mengapa mesti kita?





















Cuba check balik, selalu tak kita keluarkan kata kata yang buat kawan kita tersinggung, walau si kawan kita rasakan sepertinya heartless, tak amik port sangat, namun siapa tahu di dalamnya hatinya mungkin terguris dengan hirisan kata kita. Kita tak tau, dan takkan pernah tau sekiranya tidak ditonjolkan pada luarannya. Jadi, langkah berjaga-jaga adalah dengan menjaga saja lidah kita.

Perkelahian pertama di dunia ialah antara dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil. Ia dicetuskan oleh Iblis yang memusuhi manusia hingga kiamat. Justeru ingatlah, apabila kita berbalah tanpa didasari kebenaran, sebenarnya kita menurut jejak-jejak Iblis.

Minta maaf?

Pernah buat kawan terasa? Mestilah kan. Tapi apa yang penting, ialah ucapan maaf.


Even kalau kita lambat seminit je pun, terambik pemadam kawan, terlupa nak pulangkan kasut, apa salahnya minta maaf? Jangan ego, sayangilah sahabat kita :)

Memberi pertolongan kepada sahabat?






Sesiapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari akhirat kelak.(Hadith riwayat Bukhari)

Kalau kawan kita meminta bantuan, maka wajib bagi kita untuk menolong setakat yang termampu. Allah mengasihi seseorang yang mampu mendahulukan keperluan orang lain mengatasi dirinya sendiri. Allah sebaik-baik pemberi rezeki. Apa yang kita berikan akan diganti dengan yang lebih baik.

And rasa rasa kalau kita selalu culas nak tolong kawan, nak pinjam kan 2 ringgit pun kedekut, agak agak kawan kita tu ada hati nak tolong kita balik tak?
Pikirkan :)

Susah senang bersama?
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu, hinggalah dia mencintai saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Muttafaq ‘Alaih.


Bila kawan sakit kita ziarah, bila kawan nak kawin kita lompat lompat gembira.
Apa yang kita rasa bila kita gelak gelak, kawan kita menangis dihadapan kita?
Apa kita rasa bila kita bersedih, kawan kita ketawa gembira?
Awkward kan? Memang. So jom selami hati kawan kita. 
Gembira dengan perkara yang gembirakan dia, bersedih dengan perkara yang sedihkan dia 




















Namun ada satu persoalan.... 















Adakah cukup kita bersahabat hanya di dunia? Kalau sayang pasti mau kekal selamanya kan, kalau boleh sampai ke syurga. Lantas apa yang bisa membuatpersahabatan ini membawa kita ke syurga?

Sahabat yang sejati itu adalah sahabat..

“Dia yang mengingatkan kamu kepada Allah SWT.”



 Sabda Rasulullah SAW:
“Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada hari tiada naungan melainkan naunganNya: ….. Dua lelaki yang kasih mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisah keranaNya. Hadith Riwayat Bukhari.


Selalu dengar kan, orang yang ingatkan kita pada Allah. Bila pandang je, rasa tenang dan damai. Tu lah sahabat yang baik. 
Tapi kan, kita dah jumpa ke? 

Sahabat kamceng, ramai sangat dah kat dunia ni. Tapi sahabat sejati, tak ramai yang dah menjumpainya.

Kenapakah? 
Kerana pada asasnya, kita tak berusaha jadi sahabat sejati pada orang lain.
Kita jarang ingat Allah, adakah kita expect orang lain untuk mengingati Allah pabila menatap wajah kita?

Oklah dah penat tulis. Jom muhasabah, jom jadi sahabat yang baik dan sejati. Selamat beramal !

Munah pernah baca,  kalau kita pegang tangan sahabat
begini (di bahagian lengan), lebih mudah untuk wujudkan
 chemistry and physics antara sahabat. Selamat mencuba!
 *laki buat macam pelik tp takpelah cuba je*

Selamat menjalani ibadah puasa. Assalamualaikum ^.^