Wednesday, June 27

Munah & Bedah : Joyah tak Goyah.

Assalamualaikum :)


Hari ini, Munah nak cerita pasal seorang sahabat yang baik, bernama Joyah. Joyah ialah seorang pelajar di kolej Cemara. Joyah berumur 19 tahun. Pada satu minggu, Joyah akan menghadapi jadual yang sangat pack dan busy. Penuh dengan exam, latihan, dan lain lain.





Minggu tu, Joyah rasa sangat seghabut. Hari hari Joyah merungut. Penat la, fed up la, itu ini. Sumua tak kena. Joyah juga ada kata kat Munah nak benti belajar, nak keje ngan mamat bangla kat Mydin je. Hihi Joyah Joyah. 

“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)







Dan pada suatu hari.. Joyah yang stress pun ajak Munah pergi berehlah di taman. Kononnya nak release tension. Main-main dengan si muntel. Tapi..
 


Tiba-tiba tali kad matrik (beserta kunci rumah) Joyah tersangkut kat leher si muntel..















Makanya berlarilah si muntel bersama kad serta kunci rumah yang tersangkut pada lehernya. Si muntel lesap sekelip mata tanpa jejak.



















Ish ish ish. Kesian Joyah. Makin bertambah masalah Joyah. 



Tapi, disebabkan si muntel itu lah, baru Joyah teringat akan satu ayat Quran..



"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.." (2:286)



Joyah rasa sangat kesal kerana merungut akan ujian yang ditimpakan ke atas Joyah. Sesungguh nya ujian itu kan tanda kasih sayang Allah kepada hambanya supaya kita mengingati Nya. Precious tu. Jadi kenapa mesti merungut? kan?



Joyah pun sedar akan kelalaiannya. Jadi dia pun berhenti merungut. Even bila Joyah nampak si muntel itu pun, Joyah rasa sangat gembira. Sebab si muntel tu yang menjadi penyampai ujian kasih sayang Allah kepada Joyah.


Hari Selasa..  
Hari  Rabu..   



Hari  Khamis.. 
















Jadi Joyah pun usaha, usaha dan usaha lagi. Terus sabar walaupun payah. Sentiasa ada Allah dalam hatinya. Dan pada hari Jumaat. Exam terakhir pun berlalu.. Tamat sudah minggu yang sibuk. Minggu yang penuh dugaan. Yelah, susah hidup takda kunci rumah. Tapi Joyah mantain cool. Reda dengan ujian, bukan pasrah. Pasrah itu tidak rela :)





















Dan.. Sejurus selepas paper Chemistry tamat. Telefon Joyah berdering. Rupanya..























“..Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..”(2:185)


Sweet tak plan Allah? Cantik je kan. Semua nya ada hikmah disebaliknya. Oleh itu, berbaik sangkalah dengan Allah apabila Allah lambat memberikan apa yang kita harapkan. Jangan pernah mengeluh. Kerana orang yang kuat mengeluh, di akhirat kelak wajahnya akan menjadi hitam sehitam-hitamnya. Takut kan? Perbaiki dan mantapkanlah hubungan dengan Allah. Kelak, Allah yang akan menilai tahap kesediaan kita dan apabila telah tiba masanya, pasti Allah akan makbulkan permintaan kita. Insyaallah. Kita hanya perlu yakin.

Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN :)
Baiklah, ini kisah Joyah. 
Apa pula kisah ujian anda? 


30

Assalamualaikum my semi private diary.  Dear self, You are 30 years old now. Was it yesterday i am 18 years old? Happy with my SPM result an...