Saturday, October 27

Munah & Bedah : Teknologi

Assalamualaikum warahmatullah.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Hari ni Munah ada benda nak cerita.
*Cerita aje Munah ni*


Ada suatu hari tu, Munah tertinggal phone dalam toilet. Rushing rushing lupa nak amik. Huhu.










Masa tu cool jelah, 5 minit je lagi nak habis kelas.
Inshaallah ada nya, tak ada siapa nak amik. *Yakin yakin*


Tapi bila Munah (ditemani Bedah) sampai ke toilet.
Phone nya udah enggak ada.

Munah pun sedih lah sangat. Sedih sedih sedih.
Lagi satu, sebenarnya Munah baru je beli phone tu.
So rasa terkilan lah sikit (bukan sikit tapi banyak). Huhu.

Tapi nasib baik Bedah ada teman, kalau tak nak try dah terjun longkang *konon konon sedih*

















Saat hati sedang akal sedang risau dan buntu, 
tiba-tiba baru Munah teringat,
tadi ada cleaner tengah bersihkan toilet masa Munah pergi toilet.
So mungkin beliau yang amik. Kot.

Tapi bila call phone Munah, tak angkat. 

Lantas syaitan memulakan tugasnya. 
Meniup niup prasangka prasangka buruk dalam otak Munah. *Fuhh fuhh* 

1st assumption Ni mesti cleaner ni ambik phone Munah ni!

















2nd assumption: Mesti acik cleaner ni nak jual phone Munah!
















3rd assumption: Kot kot acik cleaner bagi kat ahli keluarga dia tak?!

















Jahat betul syaitan ni kan. Ish ish. Astagfirullah.

********
Nak dijadikan cerita, 

Hidup Munah dikelilingi oleh insan insan yang sangat lovely, adorable dan indah.
Insan yang sentiasa mengingatkan kepada Allah saat susah dan senang. Alhamdulillah.

Dolu dolu kan, bila Munah ada masalah, 

mesti stress sorang sorang, nangis dalam bilik, pastu dah. 
Takde ape ape.

Tapi sekarang bila ada masalah, 

sorang sorang sahabat datang.
Bawa al-quran kecik di tangan, 
hadiahkan ayat ayat dari Allah, nangis sama-sama.
and secara tak langsung rasa makin dekat dengan Allah. Sweet kan?
Allah hantar kawan kawan yang baik macam ni sebagai medium kasih sayang Dia :')

Ok balik topik asal.


Makanya bila phone Munah tu hilang pun, Munah tak gusar pun, rasa tenang.
Sebab ni ujian. 

Ujian tanda sayang. 
Sayang itu datang dalam hikmah. 
Hikmah itu tarbiah dari Allah.
Dan hikmah itu boleh dirasai apabila kita berfikir dan muhasabah.

'Apa salah aku? Apa Allah nak tunjuk melalui ujian ni?'
Tak jumpa hikmah? Fikir lagi.

And nak dijadikan cerita lagi, ada kawan kawan Munah yang comel lote tolong hantar mesej

kat phone Munah tu. 
Mesej ugut lah, 
mesej ada ayat al-quran, 
mesej kata "mencuri itu berdosa". 
Macam macam. Hihi. Comel.


















*Doa itu penting, tanda penggantungan pada Allah. Tak kisah lah muka buruk sebab menangis pun.*

Dan Alhamdulillah...



















Mesej daripada nombor acik cleaner tersebut,



















Haha okay ini sangat kelakar dan comel.
Masa baca mesej ni dengan my lovely friends, tergelak gelak jugak lah.

Dan pada hari Isnin pun, Munah dapat phone Munah balik.
Acik cleaner tu sebenarnya muda lagi. Cantik pulak tuh. 
Alhamdulillah cantik luar dalam pun cantik.


Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. His plan is the best.

Jadi nak share lah kan, hikmah Munah dapat dari peristiwa ini:


1. Bersangka baik.
Bersangka baik dengan semua. Dengan Allah, dengan kawan kawan, dengan family.

Barulah hidup bahagia. Kalau asyik bersangka buruk, tu mencerminkan tahap kebersihan hati kita. Jadi jom muhasabah diri! *notetoself*

2.Bersabar.
Munah memang tak sabo sikit *yeke sikit*

Sebab tu Allah selalu bagi ujian yang uji kesabaran Munah. 
Sebab tu Munah selalu hilang barang, 
Jadi sila jangan marah bila Munah hilang barang lagi, ni tarbiah Allah bagi tahu
*alasan taknak kena marah* :D
Tapi alhamdulillah, makin lama makin improve lah. Makin sabo. *bagila*

3. Yang palinggggg penting! JANGAN LALAI.

Sebenarnya selepas Munah beli phone baru ni, 
Munah rasa sebenarnya.. Munah...makin lalai. 
Sebab phone ni membolehkan Munah online 24 hours. 
Ni masalah Munah la, orang lain rasa biasa je kot.
Tapi Munah memang rasa kelalaian tu. Sob sobbs.

Maka ada niat di hati nak get rid of it, sebab susah nak kawal.
Tapi dalam hati "tunggu dulu lah!"


Tapi bila Allah bagi ujian kehilangan ni,
rasa macam peringatan sangat sangat,
"wahai Munah! Jangan lalai!"


Dan sebenarnya sepanjang 3 hari Munah hidup tanpa phone, 

Munah rasa tenang yang amat.
Dikelilingi sahabat sahabat yang lovely lagi,
takda sumber kelalaian, rasa best.

*Allah sweet*


Okay okay okay. 

Sebenarnya post ni nak cakap pasal gadget gadget yang wujud masa zaman kita ni.
Sebab tu tajuk TEKNOLOGI. Tapi intro terlebih panjang,

Pernah tengok tak situasi,
Kanak kanak umur 3-4tahun dah terer main Ipad, tablet and so on?
Dulu kita kita main guli je.

Sungguh dunia sudah maju.

And rasa macam kenal tak situasi dalam gambar di bawah?





















Satu family berkumpul, lengkap bilangan nya.
Tapi masing masing tunduk penuh tawaduk.
Melayan teknologi dan kemodenan.
Facebook, Twitter, Whatsapp, Skype dll.

Update status kat social network:

'Happy moment with the family'
'Dinner with family, terharu semua ada. Heww'


Tapi hakikatnya..

Tak seindah khabar.
Realiti tak seindah fantasi.

Dulu pun Munah tengah scrolling TL twitter *kite pun ada twitter-.-*
Ada quote:

"Nowadays, late night talk with cousins is replaced by updating status in social networks."
Rasa kena tampar, dush dush dush.
Bagi Munah, memang betul pun.
Dulu before tidur, mesti share share story dengan cousins sampai bersilang silang kaki punya syok cerita. Bangun pagi esok kaki dia kat muka kita, kaki kita kat muka dia.
Tapi sekarang...
Hmm.

Masih ada masa untuk ubah kekurangan ini.

Teknologi tak bersalah.
Tapi kita kita yang menggunakan dia ni.

Teknologi boleh jugak jadi salah satu medium dakwah.
Boleh jugak jadi perapat ukhwah.

So now depends on us.
Nak manis atau pahit.

Realiti atau fantasi.

Sama sama baiki diri.
Wallahualam :)

Selamat Hari Raya Aidiladha!

30

Assalamualaikum my semi private diary.  Dear self, You are 30 years old now. Was it yesterday i am 18 years old? Happy with my SPM result an...