Tuesday, December 11

Munah & Bedah : Saya rindu sekolah!

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Syukur atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita.
*Tarik nafas, hembus, say alhamdulillah*
:)


Harini Munah ada benda nak cerita lagi *intro sama untuk setiap post*

Anyway, post kali ini diilhamkan khas buat adik adik junior tersayang, 

terutama bagi yang baru menghabiskan peperiksaan SPM baru baru ni.

Almaklumlah AKAK ni dah tua, tahun ni pun dah nak dapat cucu ke-4 dah. Hihu. *Ah tetiba*

Tahniah setinggi tinggi tahniah buat semua sekali.



Hooreyyyy kami akan dikitar semula! -Mr.Paper-
















Mesti semua tengah seronok sangat sekarang ni kan,
Ada yang tengah kemas kemas nak pergi PLKN,  

ada yang tengah mencari kerja,
ada yang dah kerja pun,

ada yang tolong mak buat kerja rumah,
dan macam macam lagi lah.

(By the way, PLKN best sangat ^^V)

Apa apa pun semoga semuanya diredai Allah SWT, inshaallah.
Ehem ehem. Back to the story.

-STORY OF SAODAH-

Nama diberi ialah Saodah. 
Dolu dolu masa sekolah, Saodah ni benci sangat peraturan sekolah. 
Bukan setakat tak suka, tapi benci. 
Benci, aduhai takutnya dengan perkataan tu.
Ha benci, macam mana tu?


Muka bila dengar word 'peraturan'



























Tak suka tak suka! *jerit macam matlufthi* 

REBELLIOUS. Apa yang dilarang, yang itu yang nak dibuat.
Cikgu tegur jangan buang sampah merata rata, lagi lah kita nak buang sampah kat tepi tong sampah. Nak nak kalau warden garang yang kita 'suka' yang suruh.



















Antara yang Saodah paling seteres pasal peraturan :

1. Kena pakai kain dalam, handsocks, stokin dan full anak tudung.

    Tudung kena labuh sejengkal dari bahu. 


















2. Kena turun surau setiap kali waktu solat.
Padahal surau depan hidung. 



















3. Kena turun riadah setiap hari.
Riadah pelajar aspuri kadang kadang
duduk tepi longkang usya aspura je. Aduhai.




















4. Kena pakai jarum tepi tudung masa sekolah, riadah, prep *all the time*



















5. Dilarang bawak phone.
Public phone pulak ada satu je yang elok.




















Seksanya Saodah rasa nak menghabiskan masa melayan peraturan sekolah.
Apabila peperiksaan SPM tamat, 
makanya tibalah masa Saodah meninggalkan sekolah tercinta.
*Horeeyyy*


Beralih kepada alam baru, alam kolej/universiti.
Saodah sangat eksaited sebab lepas ni dah tak ada peraturan yang leceh lagi membebankan ni. Saodah happy, suka sangat.


Jadi Saodah pun memulakan hidupnya sebagai pelajar universiti dengan gembira di samping kawan kawan.

Suka sangat dia

























Boleh pakai baju apa pun Saodah nak pakai. 
Tak yah pakai jarum kat tudung dah, *ish skema betul!*
Pinjam baju Snow White pergi kuliah



















Tak wajib dah turun surau lagi, boleh solat kat bilik je.
















Phone 24 hours ada dengan Saodah. Sampai tidur pun pegang phone.

Happy nya Saodah rasa. 


Happy.
Happy.

Happy.
...
..
.















Semakin lama, Saodah rasa semakin kosong.
*segala kata cacian yang telah engkau berikan**kosong kosong*

Saodah rasa gusar dan gelisah.
Kadang kadang Saodah rasa dilema.


'Iyeke ini diri aku yang sebenar?'
'Kalau ye, kenapa aku rasa tak tenteram ni?'
'Kadang kadang rasa orang boleh nampak je kaki aku bila tak pakai kain alas.'

'Rindu lah pulak nak berebut saf depan kat surau.'

Sampailah satu hari, Allah gerakkan hati Saodah untuk turun ke surau pada waktu magrib.
'Ramai rupanya muslimat muslimat Akasia turun surau.'

















Dan kebetulan ada seorang senior yang comel lagi manis madu buat sharing is caring semasa masa senggang waktu magrib isyak. 
Dan beliau bercerita tentang hadis 40 yang pertama, iaitu:

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.




















Saat itu Saodah rasa terpukul. *dush dush* *hidung berdarah* 
Saodah tersedar. Selama 5 tahun Saodah bersekolah dan hidup bersama isi di dalamnya.
Segala peraturan yang Saodah buat dan kadang kadang tak buat, semuanya tidak ikhlas.
Tidak ikhlas, yakni bermaksud bukan kerana Allah SWT.


Dahulu Saodah pakai stokin kaki, 
niat hanya kerana tidak ingin didenda oleh warden.
Dan bila warden tiada, stokin hilang entah kemana.
Aurat lantas terdedah kepada pandangan ajnabi.

Dahulu Saodah bertudung litup melebihi bahu, 
hanya kerana sekolah inginkan begitu.
Tidak langsung bersangka baik dan memandang hikmah nya; 
tudung yang labuh itu untuk melindungi aurat si hawa.

Maka itu yang Saodah niat, itulah yang Saodah dapat.
Bila niat kerana manusia, ikhlas itu sangat susah digapai.

***
Lantas Saodah mulakan cara hidup nya dengan niat yang baru, kerana Allah SWT.
Hidupnya yang masih ada peraturan.
Peraturan yang sedikit sebanyak sama seperti di sekolah.
Peraturan yang dicipta mengikut syariat,
yang Saodah sedar syariat itu adalah suruhan dan larangan Allah SWT.

Bukan hanya warden semata mata.


Berbeza tapi tetap mengikut syariat.


















THE END OF 'STORY OF SAODAH'

***************************************************
















Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

Kalau dolu dolu masa sekolah tiap tiap malam baca surah Al-Mulk,
siap ada lagi abang abang badar lead baca surah ini sama sama pakai microfon.
Tapi sekarang kenapa berhenti?

Teringat kata kata seorang sahabat,
"Kalau lah ana dijemput oleh malaikat maut semasa ana tidur, sedangkan malam itu ana
terlupa nak baca surah ini, ana rasa sangat RUGI. Rugi sangat ya Allah."

Memang. Sangat rugi. *notetoselftoo*

***************************************************
Masa sekolah dulu, isu seluar pendek sangat popular di kalangan aspura.
Kenapa masa kat sekolah boleh menutup dengan sempurna, tapi bila keluar sekolah semua terserlah?



















Kalau dulu sentiasa ada warden, abang akak badar dan pengawas yang memantau.
Sekarang masanya kita pantau diri kita sendiri dengan ingatan dan niat kerana Dia,
Allah yang Maha Melihat.

Mari kekalkan apa yang baik, mari perbaiki niat, agar ikhlas sentiasa dekat:)

P/S: Bagi siapa yang dapat PLKN, jangan lupa bawak ubat halau nyamuk ye! 
        *sempat lagi*

Allahualam. Assalamualaikum ^^V



30

Assalamualaikum my semi private diary.  Dear self, You are 30 years old now. Was it yesterday i am 18 years old? Happy with my SPM result an...