Nutshell. The shell enclosing the meat of a nut.
Sesuatu yang berfungsi untuk melindungi sesuatu yang didalamnya.
Pelindung. Penutup. Penghalang.
Semua orang ada nutshell masing-masing.
Kita seorang yang pengemas. Bangun tidur je terus sting kan cadar katil. Cucuk empat jarum peniti kat setiap hujung bucu tilam, nak bagi licin takda kedutan. Indicator dia, kalau lepaskan duit syiling atas cadar, syiling tu akan melantun balik. Kalau ngantuk sementara nak tunggu zuhur, sanggup tidur atas lantai tepi katil. Malam nanti baru lanyak balik. Tak sanggup tengok cadar ada satu kedutan.
Tiba-tiba ada kawan kita datang bilik. Hiyaaargh landing baik punya atas tilam yang cadarnya licin tanpa kedutan. Terkeluar dua jarum peniti dari hujung cadar sebelah kiri. Hm, kalau tak keluar buah silat pun, mesti spontan terjadinya jelingan maut jurus ke-14. Kawan kita duk tanya-tanya kita soalan pun, jawab nak tak nak. Biarlah kawan dah kenal 13 tahun pun, layan dingin je. Marah lah, cadar ai kedut kot!
Ada orang, kalau kat tempat baru misalnya kat universiti atau sekolah ke. Kita tengok dia ni senang je nak kawan ngan orang. Seminggu lepas tu satu uni dah kenal dia. Ada certain orang pulak, kawan sekelas dah tiga tahun, tapi bila makan sebelah-sebelah, still awkward taktau nak cakap apa.
Berbalik pada nutshell tadi. Semua orang ada nutshell masing-masing yang berbeza ketebalan.
Nak-nak kalau kita claim diri kita daie. Lagi la kena nipiskan nutshell tu. Kalau nak buang pun takpe.
Terserah sih mau tebal apa mau nipis kamu punya nutshell. Tepuk dada tanya iman.
Conclusion is, be nice. Allahualam.
Yang bezanya adalah ketebalan.
Ada orang tebal macam dinding penjara.
Siap ada berlapis-lapis lagi nutshell dia.
Ada orang nipis macam kulit bawang.
Cubit sikit dah koyak.
Semua orang tak sama, lain orang lain cara, betul. Tapi still kita boleh ubah ketebalan nutshell tu.
Cumanya masalahnya adalah kita rasa keperluan untuk mengubah atau selesa dengan nutshell setebal Gunung Kinabalu.
Eh tak boleh, dengan yang lain jantina kena tebal nutshell tu lol.
Kita selalu cakap alaaaa aku tak terer lah tajmi' adik-adik baru ni, aku memang dilahirkan tak berbakat nak DF adik-adik ni. Kau boleh lah kau banyak cakap.
Sedangkan diri kita sendiri yang takda effort nak mendekati orang lain.
Nak belanja adik makan pun berkira, apatah lagi nak ajak tidur kat bilik. Terus, kita expect adik nak thiqah kat kita. Hew.
Sebab orang yang menggelar diri dia daie, tak lain tak bukan pasti harus memasukkan dan menggaulkan diri dia dengan masyarakat. Bermula dengan orang paling dekat. Housemates, classmates, batchmates, statemates. Dah kalau housemate nak pinjam sudu pun tak bagi, macam mana nak buat orang rasa dekat dengan kita, susah lah kerja dakwah nanti. Kan?
"..Dan kelak Kami akan menambah (pemberian Kami) kepada orang-orang yang berbuat baik." (2:58)
"..Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (5:13)
"..Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (7:56)