Sunday, March 24

Munah & Bedah : Ngumpat

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ini kisah tentang dua orang gadis.


























Pagi-pagi, kami mulakan dengan..





























Petang-petang, kami ceriakan dengan..

















Malam-malam pula, sebelum tidur kami tutup dengan..

















"Diri kita takkan mampu berlama dengan dosa yang kita buat"
- IM Asryaf

Dan ianya berulang setiap hari. 
Begitulah rutin hidup kami, Sally dan Jelly.
Doakan kami bertaubat ye!


                                                                                               Salam sayang, Sally & Jelly

*************************************************************************************************************
   
Ironi. Nampak kelakar. Tapi benar.
Saban hari, inilah situasi yang berlaku dalam masyarakat kita.

MENGUMPAT.

Rasulullah S.A. W. bersabda,
“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Riwayat Muslim)

Perbuatan menceritakan sesuatu perkara tentang seseorang yang lain bila mana pabila orang yang diumpat itu tahu tentang nya, maka dia akan marah.

Nak tau kita mengumpat ke tak?

Try cakap jujur dengan dia, apa yang kita dah cakap pasal dia
Kalau reaction dia macam ni, tak apa.
Atau macam ni, pun boleh.
Kalau dia marah macam ni, maka anda dikira mengumpat. Ada berani nak try?

Hakikatnya, tanpa buat seperti di atas pun, kita boleh tahu samada kita mengumpat 
atau tak :)

Mungkin kita antara orang yang didatangi orang yang mengumpat.

Atau,
Kita orang yang memulakan umpatan.

Either one, kita kena berhenti dan menghentikan situasi ini. 

Style tudung rama rama.


"Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu." (Surah Hujurat ayat 12)



Pertama, kerana ianya berdosa. 



********************************************************

Kedua, muflis.


Bila mana semua kad kredit ditarik, kerja tak boleh, nak pinjam duit tak boleh,


ini kena tarik, itu kena tarik, sinun kena sita. Semua pun tak boleh. Rugi.

Itu muflis dunia.

Muflis akhirat?

Orang yang mengumpat akan mendapat dosa. (-) =DOSA (+) = PAHALA
Pahala orang yang mengumpat diberi kepada orang yang diumpat.
Dan bila dah kehabisan pahala untuk diberi........
Dosa orang yang diumpat diberi kepada pengumpat. Checkmate.
Betapa rugi orang orang yang mengumpat.

Dan tahukah? 

Perbuatan mengumpat itu lebih teruk dari berzina?


Zina, perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah. Dosa yang besar.
Dikenakan hukuman 100 kali sebatan atau direjam sehingga mati menurut Islam.


Mengumpat lebih teruk dari zina?

Kerana seandainya penzina memohon keampunan dari Allah SWT, 
Maka Allah SWT akan ampunkan.

Jika seandainya pengumpat memohon keampunan dari Allah SWT,
Dosa itu tidak akan diampunkan, dan akan dihisab jua di hari akhirat.
Melainkan, orang yang diumpat itu memaafkan.

*SCARYY*



Apa yang disampaikan di mulut, datang nya dari hati.
Kalau buruk ucapan nya, maka buruk lah hatinya.
Jika baik ucapan nya, maka baik lah hatinya.

“..Dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik daging tersebut, maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak daging tersebut, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Dan ketahuilah..

Perbuatan mengumpat itu bermula dari 
bersangka buruk dan hasad dengki 
terhadap orang lain.

"Hai orang-orang beriman jauhilah sebahagian besar sangka-sangka itu sebab setengah dari sangka-sangka itu adalah DOSA" (Alhujurat:12)

Bersangka buruk ialah
umpatan dalam hati.

Orang beribadah dianggap riak.
Orang rehat dianggap malas.

Orang pakai baju baru dianggap menunjuk nunjuk.
Orang pakai baju buruk dianggap bajet zuhud.


Orang buat baik dikata riak.
Orang buat silap dikata pendosa.

Orang makan banyak dikata pelahap.
Orang makan sikit dikata diet.


Judging a person does not define who they are.
But it defines who you are.

"Nobody is perfect, and nobody deserves to be perfect.
Nobody has it easy, and everybody has issues.
You never knew what people are going through.
So pause before you start judging.
Everybody is fighting their own war."

Maka, bersangka baik lah.

Simply set in our mind, MENGUMPAT itu BERDOSA.

Jom buang jauh jauh budaya tradisi ini dari hidup kita.


Kerana kita boleh :)

1 MALAYSIA! *tetiba*

PS: Special thanks to pelakon Sally Jelly kerana sudi memenuhi arahan permintaan kakak mereka. Hew.

Allahualam. Assalamualaikum ^^V

6 comments:

  1. kadang2 saya terfikir... adakah bilangan wanita banyaknya di dalam neraka disebabkan wanita lebih gemar mengumpat berbanding lelaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin. sama sama lah kita menjauhi dosa mengumpat ;)

      Delete
  2. ok, part annoying tu best. haha. nice n bermanfaat. kalau bole, off kan captcha tu ye. susah nak komen

    ReplyDelete
  3. Haha..kelakar. Bermanfaat, semoga sama-sama dapat amalkan. Terima kasih atas peringatan. =)

    ReplyDelete
  4. Wah!!! Mabrouk laili ^_^
    Seriously osem logam enti (ttibe)
    Produce lah lg banyak2 ;)

    ReplyDelete

30

Assalamualaikum my semi private diary.  Dear self, You are 30 years old now. Was it yesterday i am 18 years old? Happy with my SPM result an...