Bismillahirahmanirrahim.
Alhamdulillah hari ini, after more than 2 weeks edit video jaulah setahun yang lalu, akhirnya siap jugak. Reminiscing memories we had back then, I am ready to say that this jaulah is one of the best thing happened in my life and one of the sweetest thing planned by Allah for me.
Masa hari pertama touchdown di Brisbane, kami dijemput kawan-kawan yang belajar di sana, depa sewa kereta dari students Malaysia juga. Kebetulan hari tu hujan, dan jalan dari airport ke rumah depa agak berlekok-lekok, maka terjadilah satu kejadian dengan izin Allah; eksiden. Tapi alhamdulillah tak berlangggar dengan mana-mana kereta lain, cuma divider sebelah kiri yang jadi mangsa. Sedetik sebelum stereng hilang kawalan, masa tu lah tetiba terdetik untuk pakai seat belt (I was at the back of the driver) and within a second tetiba kepala terhantuk kuat ke cermin sebelah kanan. Kereta berpusing 360° yang akhirnya melintang di tengah jalan selepas langgar divider sebelah kiri. Huhu. Masa kejadian tu, rasa macam blank sangat. Ingat lagi suasana dia, hujan renyai-renyai, beberapa lelaki australian turun dan tolakkan kereta ke tepi, wajah mereka satu-satu yang semua blank juga. Hm melekat dalam kepala.
Alhamdulillah travelmates semua positif, takda yang freak out, takda yang menyalahkan kereta ke etc, cuma for me myself, kejadian eksiden ni adalah satu setting compass niat direct dari Allah. Awal-awal sampai, Allah dah hadirkan sesuatu kejadian, untuk ingatkan pada Dia dan seperti tersirat satu pesan, 'sepanjang jaulah ni, jangan lupakan Aku.' Memang, semasa menunggu kami dijemput oleh kereta lain, ada satu momen sunyi antara kami yang aku yakin semua mereka pun bermuhasabah dan bersyukur masih dipanjangkan nyawa oleh Allah. Aw, bila fikirkan balik, manisnya tarbiyah dari Dia, Allah jentik sikit je, untuk kita kembali ingat pada Dia.
Alhamdulillah travelmates semua positif, takda yang freak out, takda yang menyalahkan kereta ke etc, cuma for me myself, kejadian eksiden ni adalah satu setting compass niat direct dari Allah. Awal-awal sampai, Allah dah hadirkan sesuatu kejadian, untuk ingatkan pada Dia dan seperti tersirat satu pesan, 'sepanjang jaulah ni, jangan lupakan Aku.' Memang, semasa menunggu kami dijemput oleh kereta lain, ada satu momen sunyi antara kami yang aku yakin semua mereka pun bermuhasabah dan bersyukur masih dipanjangkan nyawa oleh Allah. Aw, bila fikirkan balik, manisnya tarbiyah dari Dia, Allah jentik sikit je, untuk kita kembali ingat pada Dia.
Nasib baik ada divider, kalau tak kami masuk tasik. |
Masa still di Brisbane, berlaku lah satu momen kelakar masa on the way ke Gold Coast, kami naik train guna kad student yang kami pinjam dari kawan-kawan yang belajar sana. Sepatotnya tourist macam kami pakai kad tourist lah, tapi sebab nak jimat, well. Huhu. Tetiba kami didatangi dua orang polis, soal siasat nak tengok kad student, nak tengok passport etc. Memang depa syak kami bukan student hehe. Yang tak tahan nya buat-buat tak faham english bagi polis tu fed up hehe. Polis tu pun baik je, husnudzon lagi ngan kami, ingatkan kami tersalah beli kad student or penjual kad misinterpret ingat kami student so bagi salah kad.
Menunggu train |
Sekitar kawasan perumahan Queensland |
Uni of Queensland |
View sepanjang perjalanan ke Uni |
Cantik banget, subhanallah |
Dekat Sydney pula, kami stay kat rumah Cha, Mun, Lina dan Adi. Mun tu kawan sekolah Man, yang lain semua kami semua pun tak pernah jumpa. Berdebar juga nak stay kat rumah orang yang kita tak pernah jumpa and kenal. Tapi MashaAllah sistur, huhu terharu sangat ngan depa ni. Walaupun tak pernah kenal, tak pernah jumpa tapi the way they welcome and treat kami tu sangatlah menjadi tuan rumah yang baik. Sama juga macam kat Brisbane, warga Muntalaq dan di Melbourne, warga Mawaddah. Mesti Rasulullah bangga kalau tengok macam mana depa melayan tetamu. Masakkan, basuh baju, malam-malam even depa pun dah penat baru habis kelas tapi spend juga masa untuk borak-borak tanya pasal jaulah, bawak belanja makan dll. huhu. Jazakumullahu khairan kathira *nanges* Tapi kat Sydney lah paling lama sekali kami stay berbanding Brisbane dan Melbourne, jadi masa nak tinggalkan rumah depa ni pun rasa sebak sangat. Hati dah tertinggal di situ. Huhu. *nanges lagi*
Teringat juga masa kami nak pergi Blue Mountain, Sydney. Pagi tu hujan juga, hujan renyai-renyai, sebab kami pi masa peralihan musim jadi selalu hujan. Pergi naik train, dalam train Man baru teringat tak bawak jaket hehe hadoi Man. Sampai-sampai sana, tak nampak apa-apa sebab kabus tebal. Kami dah hampir nak pulang sebab takut sampai sudah hujan tapi akhirnya perut kami yang sepakat untuk lapar serentak jadi kami pi makan dulu. Makan semua bekal sendiri, setiap malam sebelum almulk dan tidur akan masak. Esoknya panaskan dan berpertualang. Macam tu lah rutinnya. Dan akhirnya selesai makan-makan, hujan dan berhenti, matahari pun dah naik makanya kabus pun menghilang. Alhamdulillah. Bila tengok pulak view, subhanallah... Masa ni lah rasa bersyukur sangat sebab tak jadi balik. Kekadang ada benda dalam hidup kita yang worth the wait. Yang worth the effort. Tak semua benda kita kena let go dan move on. Ada yang worth insyaallah, cuma kita kena discover dulu, berbaloi atau tidak. Ahh, sukanya Blue Mountain. Alhamdulillah.
Three Sisters |
Hyper sangat ini Najwa |
Living room rumah Uncle Mark
Jadi, begitulah serba sedikit apa yang saya ingat tentang jaulah ni. Banyak lagi sebenarnya tapi cukup lah cerita yang ni je, hehe. Alhamdulillah...
Sesat? Gue hanya mampu menangis. Hehe
Orang Brisbane belanja. Jzkk Shima dan Nadia
Orang Melbourne belanja. Jzkk ahlul Mawaddah
Brighton beach, Melbourne
Kegigihan seorang Najwa
A second before Cullen kena rompak dengan kangaroo
Cobaan welfie 1, 2, 3 *rejected*
Singgah sebab cantik sangat *nanges*
Our Buroq
Twelve Apostles, GOR
Ini namanya Manisah the Masulah
Kelahapan seorang Nadiah
Kegigihan seorang Nadiah
So beautiful subhanallah :')
Ajet-ajet misteri je dia ni
State Library of Victoria Melbourne
Pisang dan Laili berpisah tiada
Uni of Queensland
Man diculik doktor blonde
Sydney city from above
Depan rumah Mun Cha Lina *rinduu*
Solat atas rumput
Manisah dan temannya
Seronok travel ngan orang yang sama minat fotografi ni, mutual interest. Tak boring
Tangkap gambar view puas-puas. Pastu kau tangkap gambar aku, aku tangkap gambar kau. Hehe.
Sydney Harbour Bridge malam-malam
Paddy's Market, Sydney
Opera House, Sydney
Seriously this burung is scarier than i tot huhu
Kepada :
Masulah Manisah (berpersonaliti ESTJ, suka masak, suka offer diri untuk masak, masa jaulah man suka tinggal barang kekeke camera lah jaket lah hehe, bertanggungjawab mcm ibu, pemantau mutabaah amal, quite serious so tak obses ngan kamera dan lawak yang tak lawak kami buat jadi tak banyak wajah Man dalam video pokoknya Man macam akak sulong hehe)
Fatherly Cullen (berpersonaliti INTJ yang cepat annoyed ngan orang ENFP hehe, orang paling reliable dan responsible, sesat pun gue boleh goyang kaki sebab ada Cullen hehe, offer diri nak drive, offer diri nak bawak kalau barang berat, pokoknya PD lah suka sangat offer diri he he)
Nadiah The Gadget Woman (berpersonaliti ENFP macam gue, orang yang tak pernah ada mood swing, sangat suka mix and match dan shopping sebab tu dari Brisbane ke Melbourne beg luggage terlebih muatan sokmo hehe, penceria suasana, self endure tinggi bila orang tak layan lawak tak jadi dia hehe, sukakan kamera thats why penuh wajahnya dalam video hehe)
Kepada kalian bertiga, jazakumullahu khair atas kenangannya sepanjang 14 hari kita berkelana. They said, things to do to get closer to someone is sleep and eat together with them, well sepanjang jaulah ni tak larat dah makan dan tidur ngan hangpa hehe tapi alhamdulillah atas peluang Allah bagi, banyak sangat cek belajar dan sedut positiviti dari hangpa. Eh tak sangka pulak sekarang kita dah jadi osmet pun kat Jakarta hehe. Alhamdulillah.
Ha tu je. Rajin rajin tengoklah Video Jaulah OZ
Semoga Allah memberi kesempatan lagi kepada kita semua untuk berpertualang dan mentaddabur dunia melalui kaca mata Islam dlm usaha menjadi abid yang lebih baik :)
|
No comments:
Post a Comment