Monday, February 8

Something Happened in Bali

Ok, sesiapa yang tengok korean drama, jangan misunderstood tajuk entri ni ye, takda kaitan dengan drama korea tu hehe. Saja nak tulis something kat sini tentang memori-memori yang tak nak dilupakan even dah tua-tua nanti pun. So here it is,

Februari 2015, penghujung semester 3 kami di Indonesia diisi dengan satu jaulah yang bagi saya tidak kurang hebatnya impak bagi diri kami masing-masing, dan terutamanya diri sendiri. Pada masa tu, kami menjelajah ke Gunung Bromo dan Gunung Ijen di Surabaya serta pulau Bali. Apa yang menarik tentang trip ni adalah ahli travelmates adalah ahli yang sama dengan jaulah OZ, tetapi dengan tambahan 2 orang sepupu kepada Man yaitu Majidah dan Keisya dan yang kedua specialnya jaulah ini adalah adanya tour guide kami yaitu Mas Hendra yang bagi saya personally sangat baik lah orangnya. Sampai sekarang masih lagi keep in touch dengan mas, dan alhamdulillah sekarang mas baru je bernikah dengan pilihan hatinya pada Januari 2016 yang lalu. Yuhu, barakallahufikum mas! :)

#kenapaambiltourguide #kenapatakjalansendiri dekat Indonesia ni lain sikit culture dan peel orangnya. Tak sama macam kebanyakan negara especially negara-negara maju. Bukan nak menakutkan but it is the reality. People living in harsh condition will come out with many ways to survive and to live, including cheating and stealing. So untuk langkah keselamatan as kami tidak ada travelmates lelaki so having a tour guide is our main choice. Plus it is not that expensive and always worth it especially tentang jimat masa dan tenaga as kalau kita tak nak sewa kereta dan naik public transport yang lebih murah will consume more of our time. Tapi afterall, depends juga kat taste masing-masing. :)

So first day tu kami touched down airport Surabaya dan langsung dijemput Mas Hendra dan dibawa ke hotel bajet (hotel ke?). Tempat kami menginap tu seperti satu rumah kecil 2 tingkat, dibawah ada 1 toilet dan 1 bilik dengan 2 katil single. Tingkat atas ada 1 katil queen dengan extra 1 tilam queen. Ok lah, selesa dan affordable dan homey. Tengahari tu saya Cullen dengan Keisya pergi jalan-jalan sekitar kawasan nginap huhu sukanya dengan view kat situ semuanya hijau ada ladang teh ada kebun sayur dan macam-macam lagi ber-background kan gunung-ganang. Suka lah tempat macam ni seriously. Bila dah petang sikit mas bawak kami jalan-jalan naik kereta, tengok gunung Bromo dari jauh dan aktiviti wajib; foto-foto.
View di sekitar hotel
Belakang tu semua kebun depa
Tengok tanah dia warna hitam, subur
Dulu selalu dreaming nak rumah menghadap view camni

Ni lah Mas Hendra, boleh cari beliau di ig @novan_flexible
Esoknya dalam pukul 4.00 pagi sebelum subuh lagi, kami dah siap-siap untuk tengok sunrise di gunung Bromo. Sejuk bak hang pagi-pagi kat sana, terpaksa gue sewa jaket tebal bulu rusa nak tahan sejuk padahal dah pakai tiga lapis baju hehe. Mahal? 10,000 rupiah je satu jaket = RM3.00. Kat situ ada surau disediakan, tapi sedikit terbuka especially untuk perempuan tapi overall OK saja.
  
Sunrise di Gunung Bromo
Sunrise di Bromo II
"Lihatlah di sana!"
Tu Gunung Bromo dari jauh
OTW ke jip
Then bila dah cerah sikit kami pun bergeraklah ke kaki Gunung Bromo dengan menaiki jip. Bila dah nak dekat sampai, seterusnya kami sewa kuda sorang satu untuk bawa naik ke atas lagi as jip boleh bawa sampai kawasan datar je. Actually boleh je nak berjalan tapi a bit jauh dan bila lagi nak ada pengalaman naik kuda hehe. So kuda akan bawa kita naik sampai ke tangga yang membawa kita ke atas untuk melihat ke dalam kawah gunung Bromo ni. Tinggi boleh tahan, capek juga lah nak naik ke atas tu, kami pun cover-cover buat nak foto-foto dulu padahal masing-masing dah semput hehe. Bila sampai atas di tebing kawah tu, tetiba jadi gayat rasa macam nak tercampak masuk ke dalam kawah tu sebab kami (gue dan Cullen) pi main kat tebing yang takda benteng. Ish ish sila jangan tiru aksi ini. Next kami berjalan sekitar gunung ni misalnya ada Pasir Berbisik dan Gunung Teletubies/ Padang Savana, savana means rumput.


Ni kuda Man
Penjual bunga abadi di kaki gunung
Di area Pasir Berbisik

Acah acah Titanic tapi Jack takda


Ni dari tempat parking jip ke kaki gunung




Orang local sini style ikat kain batik kat leher tak kira laki atau perempuan
"Im the Mastar"
Pakcik Jip kami, style je duduk
Padang Savana
Bukit Teletubies
Tangga maut 
 
To Gunung Bromo and its beauty, I gave it 5/5 star!

Next adalah perjalanan menuju Gunung Ijen. So kat sana tempat penginapan kami consist of three separated rooms. Each rooms ada 1 queen bed and 1 toilet. So selesa and best je. (ps: Semua ni dah included dalam harga pakej). Esoknya lepas subuh kami pun berangkat untuk mendaki di Gunung Ijen. Actually takda lah tinggi sangat gunung ni, tapi takdalah senang dan leisure sangat nak daki dia. Kami ambil masa dalam 2 jam nak naik atas, sebab asyik berhenti nak ambil gambar. Takleh resist sebab view sepanjang naik atas cantik sangat huhu. Mas pun pening ngan kami takut drag masa dan affect schedule :P kelakar lah mas. Dan bila sampai atas subhanallah cantiknya kawah gunung Ijen *teary eyes* serious cantik sangat. Sangat worth perjalanan 2 jam mendaki dengan kecapekan. Beauty is pain, bak kata Keisya.

3km perjalanan daki

500m lagi
Cantik banget, benti dulu tangkap gambar
100m lagi, dah hampir nampak kawah
Ha ni lah kawahnya (serta Cullen yang hyper huhu)
Sampai dah kawah Gunung Ijen, subhanallah 
Masa kami kat atas, tengah foto-foto, tetiba ada sekelompok anak Indonesia dari UNAIR, Surabaya ajak foto bareng. Katanya 'aneh foto lak-laki semua ga ada cewek'. Bila di kasitahu kita orang Malaysia terkejut sangat semua tak percaya, mungkin sebab muka masing-masing dah bermutasi jadi macam orang Indonesia. Kalau dulu awal-awal datang Indonesia, setiap kali pergi mana-mana orang senang je detect kita orang Malaysia. Sekarang pergi mana-mana orang tak percaya kita bukan orang Indonesia. Lol. Anyway, di Ijen kami dapat lah kenalan baru yaitu adik-adik dari UNAIR.
  





Dekat Ijen ni, antara yang tersentap diri sendiri adalah local people aka orang gunung yang bekerja kat Gunung Ijen ni. Sepanjang perjalanan mendaki ke atas, akan sentiasa ada pekerja-pekerja yang ulang-alik naik turun untuk mengutip belerang/sulfur dari kawah dan bawanya turun ke bawah (kilang) dengan meletakkan belerang di dalam 2 bakul yang diikat pada sebatang kayu dan diletakkan di atas bahu. Hm, kuat orang gunung ni. Mereka even bawa berkilo-kilo gram beban atas bahu tapi still steady je jalan, laju pulak tu. Range umur pekerja adalah dari 16 tahun sampai 70-an. Ada yang kami tengok pak cik dah tua sangat, layaknya berehat saja di rumah bermain dengan cucu cicit, beliau sekejap-sekejap berhenti sebab capek mungkin. Pekerjaan ini digelar penambang kalau ikut bahasa tempatan. Pendapatannya tidaklah terlalu lumayan kalau menurut saya, kerana 1 kg hanya berharga Rp1,250. Purata untuk setiap kali angkut adalah sekitar 50-90kg tergantung kekuatan individu masing-masing dan purata rata-rata hanya 2 kali ulang naik turun dalam sehari.
Screenshot dari video interview pak cik penambang


"Udah kerja berapa lama pak?"

"10 tahun dik."

"Sehari berapa kali ulang naik turun?"

"Cuma 2 kali."

"Sekali angkut berapa kilo pak?"

"Sekitar 60 kilo lah kalau saya."

Alat timbang berat sulfur yang depa kutip kat kawah
Macam Rainbow pakcik ni. Beliau bukan penambang tapi pak kawasan,
masa ni beliau tengah tebang pokok yang halang laluan jalan

Sepanjang perjalanan kami naik ke atas, kami ditemani Pak Husin. Huhu Pak Husin ni baik sangat, macam atuk-atuk yang sangat penyayang kat cucu-cucu. Melayan jela kami buat video 360 degree, video interview life dia, video ajak zikir subhanallah bila tengok view cantik sangat dan lain-lain. Pak Husin ni umurnya dalam 60-an, dulu pernah berkerja sebagai penambang juga. Namun kerana tidak lah sanggup menanggung lelah bekerja as penambang dan ditambah as kelebihan Pak Husin yang boleh berbahasa Inggeris so Pak Husin pun kerja as guide yang bawa pelancong naik atas. Rajin sangat Pak Husin ni, bila kami dah sampai bawah semula dan rehat di satu warung, Pak Husin terus ganti kerja as waiter dekat warung tu. Dia tolong cuci pinggan, serve customer dan sebagainya. Gigih sangat orang Indonesia dalam mencari rezeki. Sangat sentap diri sendiri, terlalu banyak nikmat yang ada pada diri tapi still banyak rungutan yang keluar dari mulut. Huhu. Sampai sekarang ingat lagi irama alunan zikir Pak Husin, sebab dia lain sikit dari yang biasa kita dengar. Baru-baru ni dapat mesej dari mas Hendra, kami dapat titipan salam dari Pak Husin. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memurahkan rezeki Pak Husin dan keluarga, amin insyaallah.

Ni Pak Husin, gambar screenshot dari video
Pak Husin tengah berzikir sebab kena suruh huhu
To Gunung Ijen and its memory, I gave it 5/5 star!

Next is pulau Bali. And I swear I won't come to Bali again hukhuk. So kami melintasi lautan yang memisahkan kepulauan Jawa dan Bali dengan menaiki feri. Awal-awal kat jeti dah nak kena pau dengan polisi dengan alasan kami orang Malaysia. Nasib baik ada mas Hendra jadi kami pun terlepas, ni satu lagi kelebihan bila ada tour guide Indonesian, apa-apa boleh cover kita dari kena pau. Dulu ada kawan sewa motor kat pulau Bali kena pau dengan polis sampai 500,000 rupiah sorang. Naya je duit melayang. Kat Bali kami stay kat hotel bajet untuk 3 hari 2 malam. Satu bilik 1 queen bed and toilet, free breakfast every day. Hari pertama kami jalan-jalan di pantai Pandawa, pantai Sanur, pantai Jimbaran, tebing Pura Uluwatu dan Pantai Kuta (tengok sunset cantik banget). Hari pertama ni banyak gi pantai je tapi kat each pantai tu sekejap-sekejap je pergi sebab sangat panas (I mean, PANAS sunggoh) ditambah lagi dengan view tourists bermandi-manda in their one and two pieces *sigh*. So foto-foto kejap pastu berlari balik masuk kereta hehe. Kat Pura Uluwatu sandal mas Hendra kena culik dengan monyet nakal haha mas pulak jenis reda dan innocent last-last kami yang tolong amikkan dengan mengorbankan chocolate bar ku untuk jadi umpan monyet nakal. Kelakar lah mas.

Tengok air dia, paya ngan laut terpisah
Pura Uluwatu
Pantai Sanur
Pantai Pandawa
Pantai Jimbaran


Pantai yang berbeda tapi serupa je
2 orang manusia tegar kasut depa basah huhu


Sunset at Pantai Kuta


After severall attempt (and still tak jadi hehe)
Hari kedua pergi Ubud (tengok sawah/padi huma), Sangeh (tempat monyet-monyet) dan Tanah Lot (tengok sunset). Hari ketiga which was the last day kat Bali, kami cuma shopping-shopping beli souvenirs before mas hantar kat airport untuk pulang ke Malaysia. 

Ubud
Pun boleh mas
Cullen jejak kasih hehe
Sepanjang kat tempat ni rasa nak cepat keluar, rasa insecure ngan monyet
Nampak comel tapi bila dekat dia tarik tudung hang, hang tengok la 
Nama dia ni luwak. Pernah dengar kopi luwak yang mahal tu tak?
Kopi luwak tu kopi depa proses dari najis si luwak ni. Sebab tu sedap. And mahal. He he.
Tanah Lot
Last sunset at Bali
So malam last kami di Bali tu lah, something happened. Ciye macam apa ja huhu. Nak dijadikan cerita malam tu perutku sepertinya mengidam untuk makan western food sebab since first day kat Bromo asyik makan nasi dan sebagainya yang memang local food. And when I said western food is something I imagined to be macam Pizza Hut ke KFC ke. Huhu. Pastu malam tu mas yang polos dan innocent pun bawak lah kami mencari western food yang dikarenakan request dari gue (hukhuk). Jauhnya merantau maka kami pun sampai lah ke satu kedai di satu jalan, which happened to be semua kedai along the road adalah PUB. Dan kedai yang kami pergi ni is the only kedai yang halal sebab kedai orang Malaysia. Jadi takpalah kami pun dinner macam biasa dan nak pulang macam biasa. Bila nak balik, kereta kami tu akan melalui the whole road yang kanan kiri nya adalah kelab-kelab malam dan nak dijadikan takdir masa tu kereta gerak slow sangat, jammed mungkin, accident mungkin, tapi kurang lebih 1 menit kereta bergerak 10 cm je *cryy* huhu. Dan sepanjang masa tu we were like, 

"Ya Allah, janganlah cabut nyawa kami di sini, selamatkanlah kami sampai kami keluar dari jalan ini, kurniakanlah kami khusnul khatimah dll..." 

Sebabnya, kanan kiri kami tu penuh dengan scene orang mabuk, lelaki dukung perempuan mabuk bawak pergi mana kami taktau, orang yang hampir buat sex kat tepi jalan, ada satu kedai tu ada perempuan half naked menari dalam cage, ada orang muntah tepi jalan sebab mabuk, ada yang ketuk cermin tingkap kereta, kissing scene banyak lah tak yah cakap. Haduh, taktau apa yang Allah nak tunjukkan pada kami malam tu. Kalau lah nyawa dicabut pada detik di malam itu, tak rasa pun ianya akan menjadi kematian yang diidamkan dan dibanggakan oleh diri, kawan dan keluarga untuk mengistiharkan kematian kita kepada dunia. Astagfirullah. Dan setiap dari kami semuanya rasa bersyukur sangat bila melihat sesuatu yang membuatkan kami menghargai dapat merasai nikmat dilahirkan as a Muslim dan merasai nikmat iman. Alhamdullillah. Everything happened for reasons. Takda kebetulan dalam Islam. 

So sedikit sebanyak itulah yang berlaku di Bali. Takda apa sangat pun :P And seronok je dengan tarbiyah dan banyak perkara yang belajar kat sana, but I choose not to go there anymore. Because once is always enough (yeke?)

* tapi kalau Bromo ceq nak pi lagi :P #ILoveBROMO

No comments:

Post a Comment

30

Assalamualaikum my semi private diary.  Dear self, You are 30 years old now. Was it yesterday i am 18 years old? Happy with my SPM result an...