Tuesday, February 16

Touch My Heart #1

Satu lagi nota untuk diri sendiri, supaya nanti dah tua boleh baca balik :P

Tahun 2010, wow tak sangka dah 6 tahun berlalu. Patut lah belek album tahun 2010 rasa pelik kenapa dulu muka panjang sekarang muka bulat. Mungkin itu yang dinamakan dipanggil revolusi (?) hehe. 

So, belek-belek folder tahun 2010 dalam hardisk, terjumpa album 'Cameron 2010' yang dah bersawang dah lama tak buka. Ada folder 'Cameron 2007' and 'Cameron 2011' tapi yang 2010 ni special sikit, sebab pergi tanpa family dan abruptly tanpa planning. Masa tu kami form 5, last year untuk kami belajar di sekolah. Specific lagi, masa tu adalah satu weekend a week before trial exam SPM dan masa tu adalah masa yang sangat stress untuk form 5. Maka terjadilah satu escapism 4 orang pelajar stress ke Cameron Highland yang terdiri daripada Ain dan Nadia (depa memang tinggal di Cameron Highland so kira escapism versi homesick) disertai saya dan Siti. Nadia ajak saya, Ain ajak Siti, tu lah untung baik ngan orang dok kat tempat peranginan yang comel-comel. Hehe.

Tapi nak fokusnya adalah pada beberapa sosok yang sangat menyentuh hati saya. I get easily inspired by people who touch my heart, especially orang yang lagi tua. So masa tu sampai di Cameron Highland, Siti stay kat rumah Ain dan saya stay di rumah Nadia. Rumah Nadia masa tu adalah satu apartment yang disediakan khas untuk pekerja-pekerja dia. Rumah Nadia simple je, but very nice and lovely ditambah lagi dengan keluarga Nadia yang sangat tinggi depa punya hospitality, especially ayah Nadia, Pakcik Burn, Pakcik Bakar. Sweet sangat family Nadia ni, Nadia anak pertama dari 3 beradik, yang kedua lelaki tapi masa ceq pi dia takda kat rumah, adik bongsu Nadia pun lelaki dan dia sangat talkative, sangat aktif, sangat bijak, sangat comel budaknya. Ada je cerita-cerita kuar dari mulut dia, geram nak cubit-cubit. Bangga dia cerita ada ramai peminat perempuan kat sekolah hehe. Last time jumpa dah besar dah dia tapi talkative masih sama :)

Mak Nadia suri rumah, cantik sangat orangnya, lembut je percakapannya, wajah muda dari usia, sejuk mata memandang. Macam Nadia juga. Pandai masak pulak tu, sepanjang 2 hari stay kat sana, setiap masa masak makanan heavy dan dessert yang best-best. Paling sedap spagetti mak Nadia, tak tahu lah makcik letak madrem apa dalam tu tapi sampai sekarang ingat spagetti tu sedap. Pokoknya datang rumah Nadia memang takda langsung moment ceq akan lapar. Hm, suka makcik, tenang je sepanjang stay sana.

Ayah Nadia, Pakcik Bakar, kulit flawless sunggoh, kalah wajah wanita-wanita. Memang rasanya keluarga Nadia ni semua flawless, dari mak, ayah, anak semua putih selepuk. Insecure kitew. Pakcik pun wajahnya awet muda, slim and fit je alhamdulillah sihat walafiat tanpa penyakit. Pakcik kerja di Jabatan Saliran dan Pengairan, baru je tukar ke Cameron Highland masa saya datang stay Cameron tu. Pakcik Bakar ni, hmm, sangat inspiring orang nya. Rasanya 80% kenangan pergi Cameron masa tu jadi best adalah sebab pakcik Bakar. Wise orangnya, tenang percakapannya, walaupun beza umur jauh tapi tak rasa kekok pun ngan pakcik. Sepanjang kami kat sana pakcik lah yang offer jadi driver and tour guide. Hari Sabtu second day tu pakcik kejut awal pagi suh bangun pi mandi, dia nak bawak kami pi panjat Gunung Lumut. Masa tu ceq pun macam biasalah dengan amnesia ku, dalam kereta baru perasan tak bawak sweater hehe, then pakcik lah yang bagi pinjam sweater hijau lumut dia. Warna pun sama dengan Gunung Lumut yang kami panjat tu hehe. Gunung ni takdelah susah pun panjat dia, more to jalan je sebab ada laluan jalan kaki made of kayu-kayu, dan dia unik sebab hutan dia macam scary-scary macam dalam setting scene kejar-kejar Edward dengan Bella dalam filem Twilight. 

Jeng jeng jeng, ni pakcik Bakar
Jeng jeng jeng ini hutan Gunung Lumut
Lepas tu pakcik bawak kami pi naik Menara Brinchang pulak, sebab pagi lagi masa tu kabus tebal, cakap pun keluar asap. Kami dok berlama-lama kat atas tu, foto-foto, borak-borak, pakcik sabar je tunggu and jadi photographer tak berbayar. Pakcik bawak juga dia punya handycam masa tu. 

Pakcik dan handycamnya berpisah tiada
Next pakcik bawak kami pi ladang teh kat tepi-tepi bukit, pastu straight ke Kilang Boh, tempat wajib pergi kalau sampai Cameron. Masa ni pakcik bisik-bisik ngan boss kat situ, nampak lah pakcik kenal ramai orang dan ramai orang suka pakcik, so kami dapat lah makan free masa kat cafe kilang tu. Apa lagi, order banyak-banyak hehe. Nyum nyum. Lepas makan gi tengok kilang dia, pakcik bisik-bisik lagi. Then kami pun dapat special service dari penjaga kilang aka encik peramah yang tanpa berhenti pun dok menerangkan dengan detail tentang proses macam mana daun teh boleh jadi serbuk teh sebelum dibungkus etc etc. Orang lain semua jalan  and baca sendiri je explanation yang ditampal kat cermin tapi kami dapat direct explanation dari encik peramah. Saya syak pakcik Bakar bagitau encik peramah yang kami berempat dalam lawatan sambil belajar hehe.


Ini Siti semasa bujang, 2016 Siti sudah tidak bujang lagi
Di Kilang Teh BOH
Lepas tu balik rumah Nadia dulu, rehat-rehat, solat-solat, makan-makan makanan mak Nadia masak, tukar-tukar baju then bergerak pula ke Big Red Strawberry Farm. Ni pun tempat wajib pi kalau sampai Cameron Highland. Sampai tu terus makan dulu, padahal dah makan kat kilang teh and kat rumah. Masa tu pakcik suruh order je, semua pakcik yang bayar. Lepas tu pakcik bawak kami pi satu lagi ladang teh kat tepi bukit, main foto-foto kat sana. Bila dah penat pakcik belanja ngeteh teh panas kat ladang tu, as masa tu pun dah start sejuk sebab dah makin petang.

Is it a dying cactus?
Pakcik belanja I
Pakcik belanja II
Ini Nadia Bakar
Gadis pingitan hotstuff sekolah
Itu namanya Ain Solehah, kita panggil dia naga hehe




Pakcik caught red handed :P
Malam tu gi main kat rumah Ain sekejap, sebelum ibu Ain bawak pergi pasar malam kat sana. Ibu Ain ni seriously comei, perangai macam orang muda lagi, bergurau macam kawan je ngan Ain hehe. Kat pasar malam tu tak ingat lah berapa kali ceq beli strawberi celup coklat, sedap bakhang. Best-best, on top of everything, hari tu memang well splendid. ALHAMDULILLAH.

Esoknya pagi ahad Nadia ajak gi jogging kat sekitar kawasan rumah dia. Jogging sangat, padahal jalan je. Hehe. Segar lagi dalam ingatan, udara sejuk masa tu, bentuk-bentuk jalan, bangunan-bangunan, rumput-rumput masa tu and the nice conversation we had. Rasanya paling fresh dalam memory. Masa tu cakap kat Nadia, "Nanti kalau saya datang lagi tempat ni dan masa tu awak dah pindah tempat lain, mesti rasa sedih kan. Ketuk-ketuk pintu rumah orang lain yang buka pintu then jawab keluarga encik bakar dah pindah tempat lain." Hm, tapi biasalah tu. We never experience the same moment twice, so cherish lah moment yang sedang berlaku dengan sebaiknya. Lepastu Nadia ajak jalan sikit pergi makan Marry Brown. Masa tu first time makan MB dan ditambah dengan memori yang best di MB jadi sampai sekarang setiap kali pergi MB teringat moment makan ngan Nadia kat seat luar dengan angin sejuk sepoi-sepoi yang kerusinya bentuk buaian so masa makan kami duk goyang-goyang huhu. Aww rindunya.

( OK admitted I am a keeper of good memories. Sekecik-kecik benda boleh ingat, bak kata Manisah)


Plan jogging bertukar menjadi jalan-jalan, borak dan foto-foto

Masa tengah siap-siap nak balik sekolah semula tu, borak-borak sikit ngan makcik pakcik, masa tu pakcik tunjuk-tunjuk gambar dia masa travel ke luar negara dulu, gambar kat tempat kerja lama dia, gambar Nadia masa kecik, gambar family dulu-dulu. Pakcik Bakar sangat nice orangnya. Baik tutur dan sikap pada isteri dan anak-anak, kat orang luar yang datang menumpang pun sangat lah exclusive layanannya. Dan yang paling terharu sekali, sebelum balik tu pakcik bagi 3 CD yang masing-masing CD siap ditulis nama 'Eli', 'Siti' dan 'Ain'. Dalam tu ada video sepanjang pakcik bawa kami jalan-jalan. Rupanya handycam tu pakcik dok record moment kami gelak-gelak, makan-makan, jalan-jalan, syok sendiri selfie etc etc sepanjang satu hari tu. So sweet. Rasa dijentik-jentik hati. Huhu.

Sepanjang 2 hari yang sekejap stay kat sana, baru tahu dari mana inherited nya sikap Nadia yang sangat baik hati, tak pernah marah, lembut tutur kata, sangat penyabar even orang buat jahat sekalipun, sangat baik lah pokoknya. Yang bermula dari didikan ayah sang ketua keluarga yang sangat lembut dan memahami, disokong oleh isteri yang sekufu sikap dan pemikirannya, maka lahirlah anak-anak yang elok juga peribadinya, kan? I am so much inspired with this family, sangat menyentuh hati, sangat menginspirasi diri untuk turut menjadi baik dan berbuat baik pada orang lain, kerana di situ kita akan dikenang sampai mati. Insyaallah. 

Begitulah kemana tumpahnya kuah,
Kalau tidak ke nasi..


To pakcik Bakar and family, thank you very much for your hospitality and kindness. 

Alhamdulillah dengan kesempatan yang Allah bagi, memori 'Cameron 2010' pasti akan saya simpan kemas dalam lipatan memori. Insyaallah :)

No comments:

Post a Comment

30

Assalamualaikum my semi private diary.  Dear self, You are 30 years old now. Was it yesterday i am 18 years old? Happy with my SPM result an...