Haritu kemas-kemas hard disk, dengan sengaja tangan ini membuka satu folder yang selalu rasa segan nak buka, yaitu 'My Artwork'. Err, nama folder pun dah memualkan, ajet-ajet artist padahal lukisan conteng-conteng je hehe. So buka lah, since last time pegang pen lukisan and melukis pun dah tak ingat bila, lama sangat tak melukis. Used to think that drawing is my passion but I was wrong, it was and not anymore. *nangis*
Anyway, jumpa lukisan ni, dah lama nak cerita pasal ni sebenarnya, bukan kisah benar tapi kisah betul (eh), so alang-alang ada contengan ini kita add on jela dari berhabuk dalam folder 'my artwork' *mata ke atas* artwork sangat
***********************************************
Dulu-dulu, semasa saya masih muda dan tegang kulitnya, saya ada beberapa kawan perempuan sekelas yang sangat rapat dengan saya. Alhamdulillah, baik-baik semuanya. Kami ditakdirkan untuk bersama selama 4 semester di suatu tempat pengajian di suatu negeri. Pada semester 1 dan 2, di masa zaman kami baru berkenalan, saya duduk di sebelah Munah (nama sebenar) dia ni pendek orangnya (hehe) selain pendek beliau sangat comel dan kecik dan petah berkata-kata dan tak boleh duk diam dan mempunyai ketawa yang contagious dan kelakar orangnya. Kami sangat rapat. Masuk ke semester ke 3, ramai yang mahu bertukar posisi tempat duduk, geng masbuk (suka datang lambat) dah cop tempat belakang, dan sebagainya, jadi saya diajak oleh Bedah (nama sebenar) untuk duduk disebelahnya di posisi betul-betul di hadapan meja cikgu, sebab Bedah ni suka borak, ngan cikgu pun beliau suka borak, hehe. Jadinya saya pun duduk bersama Bedah pada semester ke 3. Munah pula duduk di hadapan sekali juga tapi dia di tengah kelas, posisi di sebelah Saodah dan Habibah (nama sebenar), katanya mahu lebih fokus (yelatu mu hehe).
Aw, rindu kelas-mates. M14.
Ok, disingkatkan cerita. Tiba-tiba, satu bulan antara 12 bulan dalam setahun pun tiba, yaitu bulan tanggal kelahiran saya. *hiks* Kebetulan tanggal tersebut jatuh pada bulan Ramadhan. Jadi pada hari kejadian, saya dan Aminah (nama sebenar) the only girls dalam kelas yang telah menyertai satu persatuan memasak (kelab sebenar), mempunyai aktiviti kelab yaitu berbuka puasa beramai-ramai di padang masjid negeri sebelum sama-sama menunaikan solat fardu dan tarawih di masjid tersebut. Pada waktu itu, saya dan Aminah telah berlari-lari dari blok asrama kami untuk mengejar bus yang sepatutnya bawa kami ke padang tersebut. Tapi, tiba-tiba Aminah ni ajak pergi ke tepi blok 7 kejap, katanya Habibah nak berjumpa. Dalam hati gue, 'jumpa dalam kelas jelaaaaa kita dah lambat' hehe. Sampai-sampai di tepi blok tu, saya melihat ada Habibah dan Saodah ada menunggu di satu meja batu (meja sebenar). Saya duduk di situ sambil-sambil menunggu Aminah berborak dengan Habibah. Anehnya, takda apa pun yang depa borakkan sangat.
"Aminah, lama lagi ke? Kita dah lambat jugak ni, nanti kena tinggal bas."
"Taktaulah, tanya Habibah." Jawab si Aminah yang polos ni.
Eh aneh sungguh. Tak lama lepas tu, datang lagi tiga orang kelas-mates termasuklah Munah. Bila semua dah ambil seat masing-masing, Habibah yang terkenal dengan garangnya dia dan selalu dipanggil mak oleh kami semua, pun memulakan bicara,
"Hang lately ni dah berubah lah. Yela dah ada kawan baru, mana kawan dah ngan kami."
"Aku tau lah Bedah tu pandai, sebab tu kau nak duduk sebelah dia, taknak dah duduk sebelah aku."
"Sekarang selalu tengok awak gelak-gelak je ngan Bedah, mesti happy kan. Takda dah nak gelak ngan kitorang."
Dan provokasi itu pun berlanjutan. 2 minggu yang lalu, saya perasan perubahan sikap si Munah ni, dingin semacam je perangainya. Especially towards me. Pandang tidak, cakap pun tidak. Saya assumed dia PMS, tapi sampai satu moment time saya tegur Munah dengan niat nak buat lawak macam biasa, dia pergi macam tu je tanpa sepatah kata pun. Pedihnya hatiku kau buat wahai Munah, dan kisah ini berlanjut sampai hari kejadian ini. Rupanya sebab ini hang dingin dengan ceq noe, alolo.
Sambung lagi, macam-macam depa provoke, dalam hati rasa nak nangis, tak pernah kena macam ni tapi rasa kelakar pun ada jugak, apasal depa semua ni macam nak kasih sayang sangat dari aku ni, padahal makan borak macam biasa je even aku duduk sebelah Bedah sekarang. Depa dengan Bedah pun ok je rasanya. Aish aneh aneh. Dalam hati dah terlupa pasal bas kebarangkalian besar dah tinggalkan saya dan Aminah sebab sibuk nak perah otak nak hadapi sesi bashing ni.
Cuak jugak, Habibah pegang kamera pun gue tak perasan |
Sampai satu saat dimana tiba-tiba Munah cakap, "Dah lah, aku dah surrender dengan kau. Lagi best duduk sebelah Saodah, beza gila dia dengan kau." sambil berdiri and terus pergi dari tempat kejadian.
Wei sedih bak hang, ayat Munah tu ibarat satu pisau potong bawang yang baru diasah-asah menusuk tembus ke bahagian septum jantungku, lalu muka pun terus berubah jadi sebek, tahan nak nangis.
Tiba-tiba ada topi kertas atas kepala, "Happy birthdayyyyy!" Kata si Munah si pendek yang tiba-tiba muncul dari belakang. Apalagi, berpuluh-puluh bawang merah dipicit 1 cm dari mata ku makanya jadilah episod tangisan selok sampai takleh bernafas disitu haha. Ciss, prank rupanya. Dah la kena rakam dari awal sampai scene menangis tapi tak perasan langsung.
"Penat aku kena tahan dari cakap ngan kau 2 minggu ni, ni mastermind Habibah dengan Saodah ni bagi arahan, aku ikut jela." kata si Munah pendek (hehe)
Bukan situasi sebenar |
Dapat kek sebijik *jzkk* |
Dengan baju labuh dan tudung pink bidang 60 *jzkk* |
Aww rasa seeewwit sangat moment tu. Kelakar dan indah dan penuh dengan love love. Suka suka. Hehe.
Makanya scene itu pun berakhir. Jadi saya dan Aminah yang memang jelas ketinggalan bas nak ke padang dan waktu magrib pun dah hampir tiba, bergegas lah nak cari teksi ke masjid.
Sampai-sampai kat padang sana, tikar masing-masing untuk lelaki dan perempuan pun dah dihampar, lauk dah dihidang, maka kami pun berbuka puasa dengan gelojohnya. Lepas makan berat, semua orang solat magrib di satu tempat yang disediakan sebelum sambung dengan makan makanan ringan yang masih ada.
Tiba-tiba,
Ok, patut lah tiba-tiba semua orang menghilang dari duduk dekat dengan gue. Renjisan-renjisan tepung berterusan dengan jeritan dan kata-kata, "Happy birthday!" dari kawan-kawan baik lelaki atau perempuan (tapi lelaki lebih tinggi seloknya tabur tepung -.-)
Kemudian, aksi bersambung lagi, kali ni dengan telur. Dalam hati, ada satu kerisauan,
"Macam mana aku nak solat tarawih nanti, dah lah dah niat nak solat dalam pakaian ni je. So tak bawak telekung."
Dah comot-comot, baru perasan tengah pakai baju yang baru je beli semalam masa shopping dengan Habibah *Smile outside cry inside* |
Tiba-tiba ada kamera muncul depan hidung, "apa perasaan kau sekarang hahahahah?" the one asking was a boy. Dan masa tu dengan senyuman sumbing jawab jela, "Happy terima kasih la susah-susah nak buat surprise." padahal rasa nak tumbuk kau sakit oiy baling telur dari jauh grrrr.
First time dalam hidup, 2 pranks in 1 day. 2 same pranks to surprise me on my birthday, and I appreciate them a lot, tapi perasaan menanggapi kedua-dua prank ini sangat berbeda. Prank pertama tadi cukup dilitupi dengan perasaan indah dan love-love dan terharu, yet why this one I felt so sad deep inside.....?
"Takpe lek ar, kitorang bawak lah baju kau untuk tukar hehe." "Laa yeke, bila kau amek?" "Tadi lah before datang, aku minta kat osmet kau." "Ouh lega aku." |
Kemudian, dah siap-siap semua foto-foto and kemas-kemas, saya pun gerak ke toilet masjid negeri yang sangat besar dan selesa, senang nak mandi dan tukar baju. Then,
Baru perasan baju yang dibawa kawan tu terkena telur dan tepung juga. *hu hu hu* |
Then teringat hadiah yang kelas-mates bagi tadi |
Makanya hadiah hari jadi pun terasmi pada hari pertama penerimaannya. Bersyukur sangat dapat hadiah tu dari sahabatku syurgaku maka dapatlah solat tarawih kat masjid negeri.
Kesinambungannya, beberapa minggu dari hari kejadian, saya dan Aminah telah menarik diri daripada persatuan memasak (nama kelab sebenar). Dan itu menjadi moment terakhir dalam hidup saya, berkawan dan bergaul rapat dengan kawan-kawan berlainan jantina dan join mana-mana persatuan.
Sejujurnya saya sangat rasa dihargai sepanjang menyertai kelab tersebut. Dan saya juga sangat menghargai dan berterima kasih, dengan semua memori dengan hangpa semua dan efforts put untuk sambut ulang tahun birthday saya pada malam tu. TERIMA KASIH SEMUA, DAN MAAFKAN SAYA. Saya memilih untuk tidak lagi berada dalam crowd ni somehow sebab rasa dah tak belong and rasa malu pada diri sendiri dan malu Allah. Dan salahnya semua ini bukan disandarkan pada siapa-siapa, melainkan hanya diri saya sendiri.
"Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan."
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang."
"You cannot change the people around you, but you can change the people you choose to be around."
Jauhlah diri ini dari memenuhi ciri-ciri sosok seorang wanita yang solehah, apatah lagi untuk saya tidak sadar diri mengaku sudah baik dan sempurna, maka kerana merasa diri tidak sempurna, baik dan solehah lah, tindakan withdrawal ini dulunya diambil. I decided to re-choose the crowd around me, and may Allah bless and count this very little effort of mine. Amin, insyaallah.
.
.
.
.
.
Berkelab dan berpersatuan itu tidak salah kan? Asal ada adab batas dan etika yang jelas yang tidak melanggar syariat Allah.
.
.
.
Berkelab dan berpersatuan itu tidak salah kan? Asal ada adab batas dan etika yang jelas yang tidak melanggar syariat Allah.
*********************************************************************************
Everyone has their own dark and bright side. In order for the light shines brightly, the darkness must be present. Lets embrace the past even it is dark and live the future :)
K, tu saja kisah prank tersebut. Kisah tidak benar, tapi betul. Hew.
K, tu saja kisah prank tersebut. Kisah tidak benar, tapi betul. Hew.
Lagi satu, prank ni seronok sih sebenarnya. Selain boleh mengeratkan silaturrahim, boleh juga kita kena-kenakan kawan kita. Namun alangkah lebih baiknya sekiranya prank itu tidak melibatkan makanan-makanan yang masih elok dan berguna yang samada kita boleh sedekahkan pada yang lebih memerlukan atau untuk diri kita sendiri saat kita lapaq atau duit poket dah kontang. Kan kan kan?
They are so precious. Membazir itu amalan syaithon |
No comments:
Post a Comment